Permohonan Bantuan Persekolahan RM400 Tahun 2021

Permohonan Bantuan Persekolahan RM400 Tahun 2021 dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Permohonan Bantuan Persekolahan RM400 Tahun 2021 boleh ditebus oleh keluarga Asnaf.

Bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu bantuan pakaian dan persekolahan MAIWP. Mereka yang layak akan diberikan kredit voucer bernilai RM250 hingga RM400.

Berikut merupakan perincian permohonan BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 TAHUN 2021.

  • Tarikh Penebusan: 23 Disember 2020 hingga 30 April 2021
  • Masa Penebusan: Mengikut Waktu Operasi Kedai / Pasaraya
  • Bilangan Kedai / Pasaraya Untuk Penebusan: 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 

KAEDAH PENEBUSAN BANTUAN (BERDASARKAN MAIWP):

  1. Ibu bapa / pelajar hendaklah memilih lokasi penebusan berhampiran tempat tinggal.
  2. Ibu bapa / pelajar perlu membawa Mykad/Mykid/Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan. Kad Asnaf tersebut boleh digunakan jika tiada Mykad/Mykid atau Surat Beranak).
  3. Ibu bapa / pelajar hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kategori pelajar dan kadar bantuan yang sudah ditetapkan atau diberikan.
  4. Ibu bapa/ pelajar hendaklah membuat penebusan atas barangan wajib dahulu sebelum menebus barangan pilihan. Sepertinya, barangan sekolah yang betul-betul diperlukan perlu diutamakan dahulu.
  5. Bagaimana jika barangan yang dibeli adalah melebihi nilai voucer? Pembelian yang melebihi kadar bantuan tersebut adalah tanggungjawab ibu bapa atau pelajar sendiri.

 

CARA SEMAK PERMOHONAN:

Pertama sekali, anda perlu melayari bahagian semak yang betul di laman web MAIWP.

https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/maiwp-kasih-asnaf-bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/

 

Klik pada pilihan ‘SEMAK DISINI’.

 

Kemudian, sistem akan membawa anda ke paparan ini atau https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/kasihasnaf/semakan_bps/

 

Masukkan No. K/P Murid di ruangan yang berkenaan dan klik butang ‘Semak’.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, sila hubungi talian berikut:

  • Kuala Lumpur: 011-62542728 / 011-59209476 / 011-63341373
  • Putrajaya: 011-59496216
  • Labuan: 013-85133066 / 087419594 / 087419716

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

LIhat juga Tarikh Permohonan bagi e-GTukar.

TARIKH PERMOHONAN e-GTukar BAGI TAHUN 2021

 

Leave a Comment