Perkasa KKMM | Annuar Musa Ajak Netizen Suarakan Idea

Dalam usaha memperkasa lagi bidang komunikasi dan media, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa mengajak netizen atau warga maya menyuarakan pandangan di ruangan akaun Twitter beliau.
Ruangan tersebut dibuka untuk orang ramai menyuarakan cadangan dan harapan bagi menambah baik kementerian berkenaan.
Dalam seminggu pertama berada di kementerian, beliau menjangkakan saban hari akan diberikan taklimat oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah KKMM.
Beliau berkata, “Saya akan berusaha memahami sepenuhnya perkembangan KKMM, terutama dalam menangani isu berkenaan jurang digital, pelaksanaan 5G, menghubungkan “the under-connected” dan melihat bagaimana kita boleh menyegerakan dan menambahbaiknya.”
Sebelumnya, Annuar, 65, pernah menjadi menteri di Kementerian Belia dan Sukan (1990-1993), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dari Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Bersama dengan beliau, pada Isnin lepas, 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Semoga dengan terbukanya ruang untuk rakyat menyalurkan pendapat secara langsung kepada kementerian, lebih banyak masalah rakyat dapat diselesaikan terutamanya masalah jurang digital antara bandar dan kawasan luar bandar.
Tentera netizen, sahutlah seruan menteri. Sila bertugas membantu menambah baik sistem komunikasi dan media Malaysia.

Sumber : [Berita Harian]

Lihat Pautan : Cari ‘Line’ Di Ladang Kelapa Sawit, Kepala Remaja Hilang Diba.ham Harimau

Leave a Comment