Pengeluaran Khas KWSP 2023

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Pengeluaran Khas KWSP 2023, Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui peringkat negeri atau persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan

Salah satunya adalah kebenaran pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Citra, dan i-Lestari.

Akan tetapi, ketika ini masih terdapat desakan supaya pengeluaran KWSP Khas 2023 dibenarkan sekali kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan usaha terbabit.

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Berdasarkan laporan BH Online, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) sekali lagi mendesak pihak Kerajaan supaya para pencarum dibenar untuk mengeluarkan simpanan KWSP masing-masing.

Ini kerana, dana KWSP tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas diterima, kerana berjuta caruman lagi masuk setiap bulan ke dalam badan kewangan tersebut.

BACA JUGA : Bantuan e-Wallet 2023

Presiden 4PM Rosland berkata, simpanan itu bukanlah dana Kerajaan dan para pencarumnya kemungkinan tidak akan sampai ke usia tua untuk menikmati wang simpanan mereka akibat meninggal dunia atau ditimpa musibah yang tidak dapat dijangka.

“Mengapa mahu melabur sedangkan pencarum merayu-rayu, kerajaan membutakan hati dan pekakkan telinga, sepatutnya dana persaraan itu ada ‘reserved’, orang boleh keluarkan jika keadaan benar-benar mendesak.”

“Orang Melayu paling ramai menanggung keperitan namun harapan yang diharapkan dikecewakan begitu sahaja dan rakyat terus ditakut-takutkan, mereka tiada dana persaraan hari tua,” katanya.

Sementara itu, Presiden Prorakyat, Khairul Anuar Othman, pula berharap KWSP akan mengkaji semula keperluan pencarum yang menangani cabaran kos hidup, khususnya mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.

BACA JUGA :  Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri

Pertimbang Pinjaman Mudah Bersandarkan Baki KWSP

Dalam perkembangan lain, Pakar Ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai mencadangkan kemungkinan Kerajaan boleh mempertimbangkan pencarum membuat pinjaman mudah bersandarkan baki simpanan wang dalam KWSP.

“Maknanya, wang itu bukan daripada KWSP tetapi diperoleh daripada TEKUN Nasional atau institusi kerajaan lain, tetapi KWSP dijadikan sebagai cagaran (wang caruman itu boleh diguna untuk bayar balik sekiranya pencarum tak dapat membayar semula).

“Bagaimanapun, cara ini tidak boleh dibuka kepada semua pencarum kerana kita perlu ingat matlamat KWSP adalah untuk menyediakan kumpulan pekerja ini pendapatan untuk bersara. Ia bukan simpanan biasa seperti simpanan dalam bank,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Sebelum ini, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein dilaporkan berkata, sejumlah 5.1 juta atau 76 peratus pencarum Bumiputera KWSP yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera menunjukkan telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022 di mana nilai itu jauh lebih sedikit berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.

Sumber Rujukan : www.blogrojak.com

Segala panduan adalah diambil daripada sumber yang sahih sahaja. Harap info ini dapat membantu anda, Terima kasih .

 

 

Leave a Comment