Pengambilan TLDM 2023 – Permohonan & Semakan Keputusan

Pengambilan TLDM 2023 – Permohonan & Semakan Keputusan

Pengambilan TLDM 2023 – Permohonan & Semakan Keputusan Sukacitanya kami maklum! Pengambilan TLDM 2023 kini telah dibuka!Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka peluang untuk mengambil Perajurit Muda TLDM Siri 227/23 bagi lepasan SPM, SVM (lelaki dan wanita), serta lepasan Diploma Kejuruteraan (lelaki). Anda boleh merujuk kepada panduan permohonan dan semakan status permohonan di bawah ini.

Pengambilan TLDM 2023

Pengambilan TLDM 2023 Bagi rakyat Malaysia yang sedang mencari-cari kerja serta ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerja dibawah sektor awam dan swasta, boleh sertai kami melalui telegram rasmi.

PENGAMBILAN TLDM 2023 – PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN

Pengambilan TLDM

Pengambilan TLDM

Kemasukan Terbaru TLDM

Pengambilan ini akan dilakukan melalui kaedah “walk-in” pada tarikh 24 Oktober hingga 27 Disember 2023. Calon-calon dikehendaki bersedia sepenuhnya dan hadir pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan seperti berikut:

Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/23

Berikut adalah senarai lokasi seluruh negara yang buka pengambilan.

Zon Utara:

  • Tarikh: 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu)
  • Lokasi: Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah
  • Tarikh: 27 Oktober 2023 (Jumaat)
  • Lokasi: Rejimen 503, Askar Wataniah, Perak

Zon Pantai Timur:

  • Tarikh: 24 & 25 Oktober 2023 (Selasa & Rabu)
  • Lokasi: MSS Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan

Zon Selatan:

  • Tarikh: 27 Oktober 2023 (Jumaat)
  • Lokasi: MPPS Sg Lunchoo, Johor

Zon Tengah:

  • Tarikh: 29 & 30 Oktober 2023 (Ahad & Isnin)
  • Lokasi: KD Sri Gombak, Kuala Lumpur

Zon Sarawak:

  • Tarikh: 19 Disember 2023 (Selasa)
  • Lokasi: RASCOM Sibu, Sarawak
  • Tarikh: 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat)
  • Lokasi: RNO Kuching, Sarawak

Zon Sabah:

  • Tarikh: 19 Disember 2023 (Selasa)
  • Lokasi: KD Sri Sandakan, Sabah
  • Tarikh: 21 & 22 Disember 2023 (Khamis & Jumaat)
  • Lokasi: KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
  • Tarikh: 27 Disember 2023 (Rabu)
  • Lokasi: KD Sri Tawau

Syarat-syarat Permohonan:

Dibahagikan syarat untuk para pemohon kepada dua jenis syarat. Para pemohon boleh merujuk syarat lengkap dibawah:

Syarat Umum

  • Calon mesti berwarganegara Malaysia.
  • Umur calon mestilah berada dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun pada tarikh 11 Disember 2023.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta (lelaki).
  • Lepasan SPM dan SVM (lelaki).
  • Status perkahwinan calon mestilah bujang (tidak pernah berkahwin).
  • Pemohon tidak boleh mempunyai sebarang rekod jenayah atau penglibatan dengan dadah juvana.

Syarat Khusus

  • Calon lelaki perlu mempunyai SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip, dan sijil perakuan akreditasi.
  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang seperti berikut:
  • Diploma Kejuruteraan
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Marin
  • Diploma Kejuruteraan Perisian
  • Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik
  • Diploma Kejuruteraan Maklumat
  • Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mechatronic
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan
  • Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Udara
  • Advanced Diploma Kejuruteraan

Bagi permohonan para calon diminta untuk meneliti lebih lanjut ketetapan permohonan seperti dilampirkan dibawah.

Permohonan Pengambilan TLDM

Prosedur Rasmi Permohonan

Untuk memohon, calon perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan dan berpakaian seperti berikut:

  • Waktu Pendaftaran: 0800H hingga 0830H
  • Waktu Pemilihan: 0830H hingga 1700H
  • Pakaian Temuduga: Pakaian sukan dan berkasut sukan

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat
  • Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma /
  • Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
  • Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat
  • Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat

Bagi calon yang berjaya melepasi tapisan, Calon akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

Untuk itu pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

Artikel lain : PayNet Sahkan Vendor Guna DuitNow QR Code akan dicaj bermula 1 November

Nota : Keputusan permohonan, sama ada berjaya atau tidak, hanya akan diumumkan melalui emel pada bulan Julai 2023.

Semakan Keputusan Permohonan TLDM:

  1. Pemohon boleh melayari laman sesawang TDLM dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 atau terus ke Pengambilan TLDM .
  2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau terus Emel.
  3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan atau terus ke Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia atau laman web rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia .

Keistimewaan Menjadi Sebahagian TLDM

Gaji Permulaan

Bagi mereka yang terpilih menjadi sebahagian TLDM, berikut adalah tangga gaji permulaan mengikut kelayakan.

  1. Latihan Perajurit Muda (6 bulan): RM1,774.00
  2. Diperjawatkan (kelulusan):
    SPM atau SVM: RM1,879.00
    SPM dan SKM Tahap 2: RM1,945.00
    SPM dan SVM Tahap 3: RM2,011.02
    Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus): RM2,341.07
  3. Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

Kenaikan Tahunan

Untuk kenaikan gaji tahunan yang tetap adalah mengikut pangkat.

Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)

Terdapat pelbagai jenis bayaran elaun dan insentif yang disediakan oleh TLDM, anda boleh rujuk dibawah untuk senarai:

  • Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
  • Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
  • Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  • Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
  • Tuntutan Cuti Tahunan.

Keistimewaan Yang Disediakan

Untuk keistimewaan adalah disediakan banyak kelebihan yang akan menguntungkan anda, berikut adalah senarai keistimewaan:

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

 

Leave a Comment