Cara Pendaftaran Online Murid Tahun 1 untuk Tahun 2022 dan 2023

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 untuk tahun 2022 dan 2023 akan dibuka tidak lama lagi.

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 ini akan dibuka awal bulan Mac 2021 hingga hujung bulan April 2021.

Rasional initiatif ini adalah untuk memudahkan pihak ibu bapa serta penjaga untuk memohon kemasukan murid Tahun 1 untuk anak mereka.

Permohonan yang dibuat secara dalam talian ini amat membantu dari segi masa dan kemudahan pihak terlibat.

Dengan memohon secara DALAM TALIAN, ibu bapa serta penjaga tidak perlu ke pejabat pengesahan dan sekolah berulang kali untuk menghantar dan mengambil borang.

Akan tetapi, ibu bapa/penjaga tetap perlu bersedia dengan maklumat keperluan asas seperti berikut:

  • Sijil lahir & Mykid asal anak
  • Sijil kahwin/Sijil cerai/Sijil hak penjagaan
  • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
  • Slip gaji ibu bapa/penjaga
  • Gambar passport anak
  • Dokumen kesihatan/Buku rekod kesihatan anak

 

Dokumen-dokumen tersebut perlu disahkan dan dihantar ke pilihan sekolah PERTAMA SAHAJA.

 

CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 (AMBILAN 2022 DAN 2023):

Pertama sekali, anda perlu mengakses portal Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) di laman web Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

https://public.moe.gov.my/

 

Paparan seterusnya adalah seperti berikut. Jika anda sudah pernah mendaftar dan bukannya pengguna baru, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan anda dan tekan butang daftar masuk.

Jika anda merupakan pengguna baru (daftar kali pertama), sila klik butang berwarna merah ‘PENGGUNA BARU’.

 

Anda akan dibawa ke paparan berikut atau https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna.

Masukkan maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat kerana kesalahan yang dibuat tidak akan ditanggung oleh sistem.

Setelah selesai memasukkan maklumat, klik butang ‘Daftar’.

 

Seterusnya, untuk memubuat permohonan, klik pilihan ‘Tahun 1’ yang dapat dilihat pada Menu Utama portal.

(GAMBAR BERDASARKAN MANUAL PRNGGUNA e-DAFTAR RENDAH)

 

Klik pilihan ‘Permohonan Baharu’.

 

Sila masukkan nombor Mykid murid dalam ruangan yang telah disediakan.

 

Kemudian, masukkan maklumat pemohon/murid. Pastikan anda tidak memasukkan maklumat yang salah. Setelah selesai, klik butang ‘SIMPAN DAN SETERUSNYA’.

 

Masukkan maklumat kesihatan pemohon/murid. Setelah selesai, klik butang ‘SIMPAN DAN SETERUSNYA’.

 

Seterusnya, masukkan maklumat penjaga. Klik pada ‘Carian No. KP Penjaga Utama’ dan masukkan nombor pengenalan anda.

 

Pilih maklumat permohonan sekolah. Pastikan anda tahu kod dan nama sekolah yang hendak dipilih. Setelah selesai, klik ‘SIMPAN DAN SETERUSNYA’.

 

Setelah anda sudah menyemak semula maklumat yang dimasukkan, tekan ‘PERLAKU BENAR DAN HANTAR’. Borang permohonan tersebut akan dihantar.

 

Pop-up berikut akan muncul jika borang permohonan telah berjaya dihantar.

 

Untuk menyemak permohonan/status permohonan, klik pada ‘Semak Permohonan’ di Menu Utama portal. Status akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Untuk mendapatkan rujukan lanjut, sila lihat MODUL PENGGUNA e-DAFTAR RENDAH.

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga RPT bagi murid Tahun 1 Sekolah Rendah.

Rancangan Pengajaran Tahunan (TAHUN 1)

 

Leave a Comment