Pemansuhan UPSR bermula Tahun 2021

Pemansuhan UPSR bermula Tahun 2021 kini boleh dirujuk.

Pemansuhan UPSR bermula Tahun 2021 diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pemansuhan UPSR bermula Tahun 2021 akan dijalankan sepenuhnya bermula tahun ini.

Berikutan dengan kenyataan media bersama Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Radzi Jidin, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ini akan dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2021.

Tidak ada peperiksaan yang akan menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ini.

Dengan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ini, beberapa penilaian alternatif akan digunakan. Penilaian alternatif tersebut termasuklah..

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijalankan sebagai ganti peperiksaan besar ini. PBS secara amnya akan berfokuskan kepada pencapaian holistik murid dari segi psikomotor, kognitif serta afektif mereka.

Dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini, terdapat beberapa aspek penilaian lain termasuk juga Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Aspek yang akan menentukan sebahagian besar pencapaian murid adalah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mereka. PBD ini akan dijalankan sepanjang tempoh persekolahan mereka, dimana mereka akan dinilai secara keseluruhan berdasarkan pencapaian mereka di dalam bilik darjah.

Sistem pemarkahan atau penilaian yang akan digunakan adalah Band 1 hingga Band 6, atau TP 1 hingga TP 6.

TP 1 menunjukkan penguasaan murid yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran atau kemahiran tersebut, manakala TP 6 menunjukkan penguasaan murid yang amat baik dalam mana-mana aspek terlibat.

Daripada TP 1 hingga TP 6 itu, ujian psikometrik akan dijalankan bagi menentukan tahap atau aspek kognitif murid.

 

Selain daripada itu, murid juga dikehendaki untuk melibatkan diri mereka secara aktif bukan sahaja di dalam kelas, tetapi juga dalam bidang sukan. Disini, aspek 1 Murid 1 Sukan dapat diimplementasikan, seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum mereka.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari laman web rasmi KPM.

https://www.moe.gov.my/

 

Sekian, semoga perkongsian PEMANSUHAN UPSR BERMULA TAHUN 2021 kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga LANGKAH MENGAKSES BUKU TEKS DIGITAL MENGGUNAKAN PORTAL DELIMA.

Leave a Comment