Awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa peperiksaan UPSR serta PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan.
Akan tetapi, muncul banyak persoalan berkaitan proses kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, kerana mereka tidak mempunyai slip UPSR/PT3.
Dengan itu, KPM telah bersetuju untuk menggunakan pentaksiran alternatif sebagai ganti.
Pentaksiran tersebut merangkumi tiga bahagian, termasuklah Ujian Kecerdasan Intelektual (70%), Kecerdasan Insaniah (20%), dan Artikulasi Penulisan (10%).
Penerangan lanjut diikuti dengan kenyataan bahawa Ujian Kecerdasan Insaniah akan dilaksanakan secara dua ujian yang lain adalah secara bertulis.
Rasional sistem ini adalah untuk memastikan pelajar mempunyai suatu jenis pentaksiran bagi memudahkan proses perpindahan, kenaikan gred, serta penilaian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web KPM.