Cara Guna Google Meet kini boleh dirujuk.
Cara Guna Google Meet boleh diaplikasikan untuk kelas secara dalam talian.
Initiatif perkongsian ini adalah untuk membantu pihak yang terlibat, seperti para murid, pendidik, serta ibu bapa perlu melakukan/menjalankan kelas secara ONLINE.
Dengan langkah-langkah yang mudah ini, anda boleh menggunakan Google Meet sebagai platform utama anda pada bila-bila masa tanpa sebaranag kekangan.
Platform ini boleh diakses menggunakan pelbagai peranti termasuklah telefon pintar, laptop serta komputer peribadi.
Berikut merupakan PANDUAN MUDAH DAN LENGKAP CARA GUNA GOOGLE MEET.
Pertama sekali, anda perlu mengakses portal Google Meet di pautan berikut:
Berikut merupakan paparan seterusnya.
Pastikan anda telah LOG MASUK menggunakan e-mail anda; menggunakan e-mail PEMBELAJARAN atau DELIMA yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Untuk menambah Account Google atau e-mail, klik pada ikon bahagian atas sebelah kanan.
Klik pada pilihan ‘Add another account’, kemudian masukkan e-mail serta kata laluan anda.
Jika anda ingin mengikuti kelas/meet yang telah diberikan oleh guru, masukkan kod yang telah diberikan di ruangan berkenaan.
Seterusnya, klik pilihan ‘Join’.
Jika anda ingin memulakan kelas/meet baru, klik pada pilihan ‘New meeting’.
Kemudian, klik pada pilihan ‘Start an instant meeting’.
Paparan seterusnya adalah seperti berikut. Klik pada ikon empat segi tepat sebelah pautan meet tersebut. Kemudian, hantar link tersebut kepada group kelas (WhatsApp, Telegram, dsbg).
Tahniah! anda sudah berjaya mengakses Google Meet.
Untuk memastikan muka anda kelihatan dan suara anda kedengaran, klik pada butang mikrofon dan camera berwarna merah.
Jika kedua pilihan tersebut berwarna putih, maka orang lain di dalam meet tersebut akan lihat muka dan dengar suara anda.
Untuk membentang skrin anda, klik pada ikon ‘Present Now’ bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Pilih mana-mana antara tiga pilihan berikut.
Jika anda ingin menunjukkan video, klik pada pilihan ‘A tab’.
Berikut merupakan paparan seterusnya, klik pada pilihan ‘Share’. Skrin anda akan dibentangkan.
Antara perkara lain yang boleh dilakukan menggunakan Google Meet adalah menukar latar belakang anda.
Klik pada ikon tiga titik bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Kemudian, klik pada pilihan ‘Change Background’.
Kemudian, pilih mana-mana latar belakang yang anda inginkan.
Sekian, semoga perkongsian CARA GUNA GOOGLE MEET UNTUK KELAS ONLINE kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga Langkah Log Masuk Google Classrom (DELIMA).