PANDUAN GOOGLE CLASSROOM LOGIN MENGGUNAKAN EMAIL DELIMA 2021

Google classroom login boleh dilakukan menggunakan email DELIMa.

Google classroom login menggunakan email MOE Digital Learning (DL).

DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia adalah sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk memudahkan pengurusan dan pembelajaran para guru serta pelajar secara online.

Para guru perlu menggunakan platform ini untuk merekodkan data serta membuat laporan setiap hujung sesi yang dijalankan.

Email DELIMa ini boleh digunakan dari portalnya sendiri, ataupun dengan cara yang lebih mudah, iaitu melalui Google Classroom.

Google Classroom digunakan sebagai initiatif baru untuk menjalankan kelas secara dalam talian diwaktu pandemik ini.

Dengan itu, para guru dan pelajar perlu mahir menggunakan sistem ini.

 

 

CARA LOGIN GC MENGGUNAKAN E-MAIL DELIMa:

Pertama sekali, anda perlu mengakses laman web Google Classroom.

GOOGLE CLASSROOM

Berikut merupakan paparan seterusnya. Masukkan email DELIMa/MOE Digital Learning anda.

Kemudian, anda perlu memasukkan kata laluan yang diberikan.

Jika anda merupakan guru, anda akan diberikan pilihan untuk membuat kelas, serta menyertai kelas.

Jika anda ingin membuat laporan selepas sesi, klik pada ruangan kelas berkenaan dan masukkan maklumat yang diperlukan.

 

CARA LOGIN SISTEM DELIMa:

Sila layari laman web sistem yang betul.

SISTEM DELIMA

Seterusnya, masukkan email MOE Digital Learning yang diberikan.

Klik Log Masuk.

Kemudian, masukkan Kata laluan anda.

Anda seharusnya sudah boleh mengakses, mengubah atau menambah maklumat dalam sistem. Jika terdapat sebarang kekangan, sila hubungi pihak yang berkenaan.

 

MENGAPA DELIMa?

KPM bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah UNICEF dan ASTRO untuk membekalkan maklumat dan informasi yang terbaik kepada para pengguna.

Disini, banyak bahan bantu belajar dapat diberikan oleh pihak berkaitan untuk membentu melancarkan dan menambahbaik sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian.

 

 

Sekian, semoga artikel ini dapat membantu para guru dan pelajar untuk memanfaatkan penggunaan sistem ini.

 

 

 

Lihat juga cara untuk akses SSQS.

LOGIN SSQS

 

 

Leave a Comment