Tahun 2020 boleh dilihat sebagai kemuncak penggunaan IT. Para pelajar, pendidik, serta usahawan perlu mempelajari konsep-konsep ini untuk memudahkan kerja mereka.
Akan tetapi, banyak yang kurang arif tentang cara untuk menggunakan dan mengakses pelantar utama transaksi mereka.
Contohnya, banyak pelajar perlu menghantar esei mereka dalam bentuk PDF, tetapi tidak tahu akan cara untuk menukarkan formatnya.
Disini saya kongsikan cara efisyen untuk menukarkan format dokumen daripada Word kepada PDF.
Pertama sekali, anda perlu membuka dokumen tersebut dalam aplikasi Microsoft Word.
Klik butang kanan tetikus anda dan pilih ‘Open with‘ – Microsoft Word
Selepas anda berjaya memasuki Microsoft Word, klik pada pilihan ‘File’, sebelah atas kanan skrin.
Kemudian, tekan ‘Export’. Seterusnya, klik pada pilihan ‘Create PDF/XPS’.
Skrin seterusnya adalah seperti berikut. Tetapkan nama PDF tersebut dalam ruangan ‘File name:’, dan tekan Publish.
Anda sudah berjaya untuk convert Word to PDF!
Langkah-langkah yang mudah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa bergantung kepada capaian internet.
Semoga berjaya!