Panduan APDM ibu bapa/penjaga ini adalah panduan untuk mengemaskini maklumat secara dalam talian.
Panduan APDM ibu bapa/penjaga ini dapat membantu dalam menyemak semula serta menambah maklumat dalam sistem.
Sistem ini boleh diakses melalui pelayar internet seperti Google, UC Browser dan sebagainya di telefon, laptop dan juga komputer peribadi.
Ibu bapa/penjaga tidak perlu berulang-alik ke pejabat dan menggunakan kaedah borang kertas untuk mengemaskini maklumat kerana ia boleh dibuat secara ONLINE.
Berikut merupakan panduan apdm ibu bapa/penjaga dalam mengemaskini maklumat ibu bapa/penjaga serta murid.
KEMASKINI MAKLUMAT IBU BAPA/MURID:
(Gambar berdasarkan manual pengguna APDM)
Pertama sekali, anda perlu mengakses portal yang betul. Lihat juga CARA LOGIN APDM.
Paparan seterusnya adalah seperti berikut.
Bagi pengguna baru, sila klik butang berwarna merah ‘PENGGUNA BARU’ atau https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna. Masukkan maklumat yang diperlukan kemudian daftar. Kembali ke paparan utama dan masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan untuk memasuki portal.
Bagi pengguna sedia ada, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kataluan, kemudian tekan butang berwarna hijau ‘DAFTAR MASUK’.
Klik pada pilihan ‘Kemaskini Maklumat’.
Berikut merupakan paparan anak jagaan. Klik pada anak jagaan yang dipilih.
Paparan bagi maklumat anak jagaan akan keluar. Klik pada mana-mana maklumat yang hendak dikemaskini.
Setelah klik CONTOH: ALAMAT MURID, PROFIL MURID. Tekan butang ‘SIMPAN’ untuk mengemaskini maklumat.
Pengemaskinian maklumat penjaga utama dan kedua. Jangan lupa tekan butang ‘SELESAI’ untuk menyimpan data.
Sebelum selesai, perakuan semakan maklumat anak akan keluar. Klik pada butang ‘Saya mengaku bahawa..’ untuk selesai mengemaskini.
Untuk mencetak borang, klik pada butang ‘CETAK’. Borang boleh disimpan sebagai rujukan.
Untuk mendapatkan penerangan lanjut, sila lihat manual kemaskini maklumat ibu bapa/penjaga.
MANUAL PENGGUNA (KEMASKINI MAKLUMAT IBU BAPA/PENJAGA)
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga pendaftaran online murid Tahun 1 sesi 2022 dan 2023.
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (2022-2023)