Pakej Bantuan Rakyat Masih Ada Ruang Biaya- PM

Pelbagai pakej bantuan rakyat sebelum ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semenjak bermulanya pandemik Covid-19 dan ianya memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Masih Ada Ruang Fiskal

Terkini, Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan masih mempunyai ruang fiskal bagi membiayai pakej bantuan rakyat atau pakej rangsangan ekonomi. Ini bagi membantu rakyat terjejas akibat penularan Covid.

Menurut Berita Harian, PM menjelaskan bahawa biarpun ianya terhad kerajaan tidak akan teragak-agak membelanjakan wang bagi membantu rakyat dsi samping memastikan kelangsungan ekonomi.

[BACA JUGA : BAYI 18 BULAN HANYVT KE TENGAH LAUT]

Pengurusan Ekonomi Negara Baik

Pada ketika ini, pengurusan ekonomi negara mendapat penarafan baik daripada Fitch Solutions Country Risk & Industry Research dan Moody’s Analytics iaitu badan penarafan antarabangsa, kata beliau lagi.

Beliau tidak menafikan bahawa ianya memang tanggungan yang agak besar serta bebanan yang harus dilaksanakan namun bukan sahaja Malaysia tetapi negara-negara lain juga terpaksa mencari jalan penyelesaian.

Tan Sri Muhyiddin memberitahu bahawa, “Kita sudah menjalankan sebaik mungkin, dalam ruang undang-undang serta kekurangan yang kita ada, kita keluarkan sumber kewangan untuk membantu rakyat jelata.

“Saya yakin kita ada lagi ruang fiskal, walaupun agak terbatas, untuk membantu rakyat jelata,” Maklum beliau lagi.

Daya Tahan Ekonomi Masih Stabil

Beliau juga menjelaskan bahawa nilai dagangan negara pada Mei lalu meningkat ke RM170.9 bilion manakala lebihan dagangan adalah sebanyak RM13.7 bilion selain lebihan akaun semasa serta daya ketahanan ekonomi negara adalah stabil.

Melalui 8 pakej bantuan rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini dengan menelan nilai melebihi RM530 bilion, kerajaan membuktikan ia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang untuk membantu rakyat serta membantu kelangsungan perniagaan. Pakej bantuan terdahulu adalah termasuk RM80 bilion suntikan fiskal kerajaan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta individu dan 2.4 juta perniagaan.

Defisit Boleh Ditolak Tepi Seketika

Dalam masa yang sama, PM memaklumkan bahawa defisit kerajaan dijangka akan melebihi unjuran 6% tahun ini dengan mengambil kira kesan kawalan pergerakan terkini dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Defisit ini walau bagaimanapun boleh ditolak tepi seketika bagi memastikan ekonomi Malaysia dan rakyat dilindungi. Itu kata Muhyiddin.

Optimis

Beliau meyakinkan bahawa “Unjuran pertumbuhan mungkin terpaksa diturunkan sedikit, namun, kita optimis apabila lebih ramai divaksinasi dan lebih banyak sektor ekonomi dapat dibuka dalam Fasa 2 dan Fasa 3 (Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara), maka ekonomi kita akan bangkit semula.”

Sememangnya mengurus negara di kala pandemik terjadi bukanlah suatu yang mudah. Kita harus berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana berusaha sedaya upaya membantu rakyat dengan mewujudkan pakej bantuan di samping memastikan kelangsungan ekonomi negara terus dikawal rapi.

Sumber : Berita Harian

Leave a Comment