PAJSK Online adalah sistem dibawah PAJSK KPM.
PAJKS Online Guru boleh diakses untuk mengemaskini gred markah PAJSK.
PAJSK Online murid boleh dibahagikan kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
PAJKS maksud adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum.
Maklumat yang dikongsikan adalah dibawah semakan PAJSK 2019 dan PAJSK 2021.
LOGIN PAJSK UNTUK LAKUKAN PAJSK SEMAKAN:
Layari laman web portal yang betul.
https://pajsk.moe.gov.my/index.php
Berikut adalah paparan seterusnya.
Jika anda merupakan guru sekolah rendah, klik pada bahagian ‘SEKOLAH’ di bawah seksyen sekolah rendah.
Jika guru sekolah menengah, lakukan perkara yang sama, tetapi pada bahagian sekolah menengah.
Masukkan ID Kod Sekolah serta Kata Laluan kemudian klik ‘Masuk’.
Jika tiada ralat sistem, anda seharusnya berjaya masuk ke dalam portal.
PELAPORAN PAJSK (KEY-IN AKTIVITI OLEH GURU KELAS):
- Pertama sekali, masuk portal PAJSK.
- Setelah berjaya masuk, klik pada pilihan yang anda hendak key-in, contoh: ‘PENTAKSIRAN KOKURIKULUM’.
- Cari kelas murid yang akan anda masukkan data.
- Klik pada butang ‘CARI’.
- Kenalpasti nama murid tersebut dalam senarai yang dipaparkan, kemudian klik pada ikon tambah di bawah senarai KELAB PERSATUAN/SUKAN PERMAINAN dan sebagainya.
- Klik pada bahagian ‘Aktiviti’ dan pilih jenis aktiviti yang telah murid tersebut sertai.
- Klik pada pilihan peringkat yang betul bagi aktiviti tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang ‘Simpan’.
- Semak semula jika aktiviti tersebut sudah dikemaskini atau beum. Jika belum, cuba semula dan pastikan tiada ralat sistem atau masalah PAJSK.
MARKAH PAJSK:
MARKAH BAGI ASPEK KOKURIKULUM DAN SUKAN
SKOR ELEMEN PENGLIBATAN 1 2 3 MURID
PAJSK PENGLIBATAN 1 2 3 (MURID):
- P1 adalah bagi pelajar yang telah didaftarkan sebagai atlet serta peserta perkhemahan, kejohanan, karinival, program, kursus dan pertandingan.
- P2 adalah bagi aktiviti pelajar yang dikategorikan sebagai persembahan selingan atau mereka yang memegang jawatan sepanjang tempoh kejohanan, perkhemahan, dsbg.
- P3 adalah bagi murid yang aktif dalam aktiviti kejonanan, program, kursus, perkhemahan, dsbg.
PAJSK BORANG:
CONTOH TAMPLAT BORANG PAJSK (AKTIVITI KOKURIKULUM)
CONTOH TEMPLAT BORANG SEGAK PAJSK
Untuk mendapatkan PDF bagi perincian modul serta borang PAJSK, sila klik pautan di bawah.
Sekian, semoga perkongsian PAJSK Online ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
LIhat juga MAKLUMAT SPLKPM/SPLG LOGIN.