Orang Utan Jalani Swab Test | 30 Gorila Positif C0vid-19

Peny4kit Covid-19 bukan sahaja menjang.kiti manusia tetapi haiwan juga berisiko dijang.kiti. Buat julung kalinya orang utan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan, Sabah menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurut pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS)  Augustine Tuuga, inisiatif ini diambil bagi menjamin kesihatan haiwan berkenaan dan pemantauan berterusan tetap dilaksanakan bagi mengesan sebarang simptom jangk1tan.

30 Orang Utan Sabah Negatif Covid-19

Bagaimanapun, hasil ujian tersebut mendapati 30 orang utan berkenaan negatif Covid-19. Beliau juga menjelaskan ujian saringan tersebut akan diulang dari masa ke semasa sebagai langkah pencegahan penularan di kalangan hidupan liar.

orang utan

Ujian saringan itu dilakukan pasukan veterinar JHLS dan Unit Penyelamat Hidupan Lar (WRU) diketuai Dr Rosa Sipangkui, Dr Nabila Sarkawi dan dibantu Dr Mischellena Samanthan serta Dr Umamaheswary Kalamanathan.

Selain itu, langkah ini diambil susulan peningkatan kes jangk1tan Covid-19 di Sabah dan adanya kebimbangan disebabkan terdapat penjaga hidupan liar dan kakitangan di kedua-dua fasiliti JHLS disahkan positif C0vid-19.

Inisiatif ini turut disokong oleh pertubuhan Orangutan Appeal UK (OUAK) dengan bantuan dana bagi kit ujian antigen Covid-19, ‘pulse oximeter’ serta perubatan buat orang utan dan kakitangan di Sepilok dan WRU.

Orang Utan Sama 96.4% DNA Dengan Manusia

Datuk Sue Sheward, Pengerusi OUAK, “Orang utan berkongsi 96.4 % DNA dengan manusia, jadi sangat penting kita melaksanakan ujian saringan terhadap hidupan liar itu dalam usaha untuk melindungi mereka.

“Begitu juga kesihatan dan kebajikan kakitangan adalah sangat penting kerana mereka terus bekerja sepanjang pandemik bagi menjaga hidupan liar sama seperti sebelum ini,” katanya.

13 Gorila Positif Covid-19

Dalam pada itu, kejadian sebaliknya pula berlaku di sebuah zoo di Georgia, Amerika Syarikat. 13 ekor gorila dilaporkan  positif virus Covid-19 setelah dijangk1ti daripada seorang pekerja di zoo tersebut yang disahkan positif namun tidak bergejala.

orang utan

Menurut pihak Zoo Atlanta, ujian saringan telah dijalankan ke atas kawanan gorila tersebut selepas ia didapati menunjukkan gejala-gejala seperti batuk, selesema dan kehilangan selera makan.

Sampel najis haiwan tersebut diambil dan ujian ‘swab test‘ dilakukan pada hidung serta mulut gorila tersebut dan kemudiannya dihantar ke makmal di Universiti Georgia di mana hasil ujian telah mendapati kawanan gorila itu telah dijang kiti Covid-19.

Bagaimanapun, mereka masih menanti keputusan ujian pengesahan lanjut daripada Makmal Perkhidmatan Harian Kebangsaan di Ames, Iowa.

“Kita tahu bahawa manusia boleh memindahkan vi.rus Covid-19 kepada haiwan seperti gorila dan kes-kes seperti ini pernah berlaku di zoo-zoo lain.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada data yang mencadangkan bahawa haiwan di zoo boleh memindahkan vi.rus itu kepada manusia,” kata Zoo Atlanta.

Sumber : [Metro] [Kosmo] [The Guardian]

Lihat Pautan : 4 Sekeluarga Rentvng, Bomba Salah Alamat, SOP 999 Harus Dikaji Semula

Leave a Comment