Nelayan Terpancing Lobster Biru Yang Sangat ‘Rare’

Nelayan bernama Toby Burnham ini tidak sengaja terpancing seekor lobster biru yang sangat jarang dijumpai. Beliau terkejut melihat lobster ini berada di dalam baldi hasil tangkapannya.

Menurut Daily Mail, Burnham bercerita lobster biru yang ditangkap berasal dari pantai Gloucester, Massachusetts, AS. Dia keluar memancing pada hari Jumaat (16/7) lepas untuk menjalankan rutinnya menjala ikan dan lobster.

lobster biru

Beliau hampir tidak melihat lobster unik tersebut, malahan beliau beranggapan itu adalah ikan. Setelah tersedar, Burnham mengambil lobster tersebut untuk digambar dan akhirnya melepaskannya ke laut. Gambar lobster tersebut disiarkan di akaun Facebook tempat Burnham bekerja, Captain Joe and Sons, syarikat penjual lobster.

“Saya sangka itu adalah ikan, tetapi setelah saya melihat, rupanya ia adalah lobster,” katanya kepada Boston.com. “Dia benar-benar berwarna biru, jadi saya membawanya. Saya melepasnya keluar dari perangkap.”

lobster biru

Joey Ciaramitaro iaitu pemilik syarikat Captain Joe and Sons mengatakan dia telah melihat lobster biru kira-kira setiap dua atau tiga tahun. Sebelum ini, dia juga pernah menangkap satu lobster biru, tetapi warnanya tidak secerah yang dijumpai oleh Burnham.

“Kira-kira setiap dua atau tiga tahun, salah satu pekerja kami membawa lobster biru. Dan ini adalah salah satu lobster yang dibawanya.” katanya.

Ciaramitaro juga pernah menangkap berbagai jenis lobster yang jarang dijumpai selain daripada lobster berwarna biru. Antaranya adalah lobster berbintik, lobster bercakar tiga, dan lobster albino yang paling rare dibandingkan dengan yang berwarna biru.

Keluarbiasaan lobster biru telah dikaji oleh University of Maine Lobster Institute. Penyelidikan yang mereka jalankan mendapati kemungkinan peluang bagi lobster warna biru untuk dijumpai adalah dalam nisbah satu per dua juta lobster.

Di samping itu, seorang profesor di Cambridge University, David Spiegelhalter, cenderung melakukan analisis kasar dengan berasaskan data tangkapan lobster di Atlantik Utara. Spiegelhalter menjelaskan bahawa sekitar 200 juta lobster ditangkap di Atlantik Utara setiap tahun. Dari seluruh tangkapan itu hanya ada 100 ekor lobster biru purata dalam setahun.

lobster biru

Lobster biru ini mengalami kelainan genetik yang disebabkan oleh penghasilan protein dalam jumlah yang banyak yang bercampur dengan molekul karotenoid merah (astaxanthin). Hal inilah yang menghasilkan warna biru kompleks yang dikenali sebagai crustacyanin, yang menyebabkan warna cangkerang lobster yang luar biasa. Bagaimanapun, rasanya mungkin sama seperti lobster lain yang berwarna merah.

Lobster biru ini memang cantik warnanya, jikalau anda yang terpancing lobster ini adakah anda akan lepaskannya kembali ke laut? Jika sebaliknya, sanggupkah anda makan krustacea ini?

Sumber : Kumparan

Lihat pautan terkini : Tips Simpan Daging Korban Tahan Setahun

Leave a Comment