mySPP Online boleh diakses secara dalam talian.
mySPP Online akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
mySPP merupakan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dimana ia merupakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan.
Bagi Tahun 2021, mereka yang ingin memohon perlulah mendaftar masuk atau membuat akaun baru dahulu.
Berikut merupakan panduan LOGIN dan DAFTAR akaun baru mySPP Online bagi Tahun 2021.
CARA DAFTAR mySPP:
Pertama sekali, anda perlu melayari laman web mySPP yang betul.
https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
Berikut adalah paparan seterusnya.
Klik pada pilihan ‘DAFTAR AKAUN BAHARU’ pada bahagian bawah, kiri skrin.
Anda akan dibawa ke paparan berikut, atau di pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.asm?color=oren
Masukkan maklumat yang diperlukan (maklumat bertanda * adalah mandatori). Pastikan tiada kesilapan atau ralat dalam maklumat yang dimasukkan, kerana mySPP tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa kesalahan yang berlaku.
Setelah siap memasukkan dan menyemak semula maklumat, masukkan Kod Keselamatan yang diberikan.
Klik pada butang ‘DAFTAR’ di bahagian bawah, kiri skrin.
CARA LOGIN mySPP:
Masuk semula ke paparan utama ataupun https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
Kemudian, masukkan MyID (No. Kad Pengenalan) anda, kemudian masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
Seterusnya, klik pada butang ‘LOG MASUK’.
Tahniah! Anda sudah berjaya log masuk mySPP.
CARA TUKAR KATA LALUAN/LUPA KATA LALUAN mySPP:
Klik pada pilihan ‘LUPA KATA LALUAN’ di bahagian bawah, kiri skrin.
Kemudian, anda akan dibawa ke paparan atau pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/forgot.asm?color=oren
Masukkan maklumat yang diperlukan (maklumat bertanda * adalah mandatori).
Masukkan Kata Laluan Baru anda, kemudian masukkan Kod Keselamatan yang diberikan.
Seterusnya, klik pada butang ‘HANTAR’ pada bahagian bawah, kiri skrin.
Masuk semula ke paparan utama portal dan log masuk seperti biasa.
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga Tarikh Permohonan e-GTukar.
TARIKH e-GTukar 2021 (PERMOHONAN)