mySPP 2020: Jom Daftar dan Login ONLINE!

mySPP merupakan laman web yang memberikan peluang kepada mereka yang ingin bekerja di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sebelum anda mencuba nasib mencari pekerjaan dalam portal tersebut, anda perlulah mendaftarkan diri dahulu.

 

CARA DAFTAR mySPP ONLINE:

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memasuki laman web SPP yang betul.

https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp?color=oren

 

Berikut merupakan skrin seterusnya. Klik pada butang ‘DAFTAR AKAUN BAHARU’:

 

Selepas menekan butang tersebut, skrin seterusnya akan memaparkan perkara berikut:

Isikan maklumat anda, dan pastikan maklumat mandatori (bintang merah) dilengkapkan. Kemudian, masukkan kod keselamatan dan tekan butang daftar.

Tahniah! Anda sudah selesai mendaftarkan diri.

 

CARA LOGIN mySPP ONLINE:

Untuk login portal tersebut, masuk link mySPP yang sama:

https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

 

Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang anda sudah tetapkan tadi:

Klik butang log masuk.

 

Semoga artikel ini membantu. Selamat mencuba!

Leave a Comment