MyPBB splkpm : Panduan Mata Kredit Guru splkpm

MyPBB splkpm merupakan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan.

MyPBB splkpm adalah sistem dibawah Model Individu Sistem Pengurusan Guru.

Objektif utama sistem ini adalah untuk membantu mengiktiraf penyertaan PPP serta PPB dengan memberikan mata kredit bagi setiap aktiviti yang dijalankan (khususnya bagi para pendidik).

Ia juga menggalakkan pihak yang terlibat untuk meneroka lebih banyak platform yang bersesuaian dengan profesion dan kemampuan diri sendiri, seterusnya secara tidak langsung meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Terdapat 13 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut, termasuklah:

  • Kursus, bengkel atau seminar
  • Wacana ilmu, taklimat atau perkongsian
  • Bimbingan dan pementoran
  • E-Pembelajaran
  • Lawatan penanda aras
  • Pembacaan buku
  • Peningkatan akademik
  • PLC
  • Penyelidikan
  • Penulisan dan pengkaryaan
  • Program sangkutan
  • Inovasi
  • Sumbangan-sumbangan lain

 

Para pendidik boleh menggunakan kesempatan ketika musim Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah ini untuk mengisi sistem MyPBB splkpm mereka.

Cikgu-cikgu yang buat video PdP untuk PdPR jangan lupa isi myPPB untuk mata kredit tau, rugi tak isi! Boleh masukkan di bawah SUMBANGAN.

 

LANGKAH MENGISI MYPBB (VIDEO PdP untuk PdPR):

  • Pertama sekali, anda perlu log masuk ke dalam akaun SPLKPM anda.

Paparan utama potal SPLKPM: https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/

Log Masuk Modul Individu SPLKPM: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

 

  • Setelah BERJAYA LOG MASUK, lihat di bahagian kiri skrin kemudian pilih dan klik ‘Aktiviti Lain PPB’.
  • Kemudian, klik ‘+Senarai Aktiviti PPB’.
  • Pilih Pengkaryaan Seni Kreatif / Visual / Modul
  • Tekan Tambah Aktiviti (di bahagian kanan warna biru hijau).
  • Masukkan details/informasi video yang telah anda buat/yang anda ingin submit.
  • Akhir sekali, jangan lupa klik opsyen simpan.

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

LIhat juga Langkah-Langkah untuk Log Masuk SPLKPM.

LOG MASUK SPLKPM (SPLG)

Leave a Comment