Mentari Court | 98 Unit Rumah Tak Beri Kerjasama | Malu Kibar Bendera Putih? Pergi Ke Malakat Grocer

Dalam pada semua petugas barisan hadapan atau ‘frontliner‘ sedang bertungkus lumus kelelahan keletihan membantu negara membendung penularan Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada segelintir yang keras kepala dan tidak mahu memberi kerjasama. Pentingkan diri sendiri. Begitulah yang dihadapi sebilangan penduduk di Mentari Court, Petaling Jaya seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro semalam, 5 Julai 2021.

kerjasama

Menurut akhbar itu, penghuni di 98 unit kediaman Mentari Court, Sunway Mentari, akan dikesan menerusi Operasi Ketuk (Op Ketuk) kerana didapati enggan bekerjasama dalam ujian saringan Covid-19 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.

3,371 Sudah Beri Kerjasama

Setakat ini, baki penghuni di 3,371 unit kediaman dari tujuh blok di kawasan berkenaan sudah memberikan kerjasama untuk proses saringan dan dijangka menerima vaksin bermula hari ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, petugas kesihatan di kawasan berkenaan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu.

kerjasama

98 Unit Tidak Beri Kerjasama

“Kita akan pergi cari mereka bagi memastikan mereka menjalani ujian saringan kerana sebelum ini apabila kita periksa ada antara penghuni yang berada dalam kediaman tidak beri kerjasama. “Sehingga kini, penghuni di 98 unit kediaman langsung tidak memberikan sebarang maklum balas sehingga menyukarkan saringan dibuat ke atas penduduk serta hasrat memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya ketika sidang media selepas melawat kawasan perumahan Mentari Court, hari ini.

Vaksin Dan Bakul Makanan Kepada Penduduk

Amirudin berkata, penduduk dewasa yang disahkan negatif dalam ujian saringan Covid-19 akan menerima suntikan vaksin jenis Pfizer bermula hari ini. “Kita juga turut menyampaikan bantuan berupa 3,500 bakul makanan kepada 17,000 penduduk di kawasan ini sejak Khamis lalu melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), selain sumbangan barang basah dari Ahli Parlimen Petaling, Maria Chin Abdullah. “Kerajaan Negeri Selangor juga sedia memberikan bantuan sekiranya ada keperluan daripada penduduk di kawasan ini,” katanya.

PKPD di Mentari Court dilaksanakan bermula 1 Julai lalu selama 14 hari selepas kawasan berkenaan mencatatkan jumlah positif Covid-19 yang membimbangkan. Kawasan itu juga dijadikan perintis bagi lokasi pertama PKPD di Selangor yang menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) terhadap semua penduduk yang didapati negatif dalam ujian saringan.

Sekian yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Malu Kibar Bendera Putih? Pergi Sahaja Ke Malakat Mall Atau Malakat Grocer

kerjasama

Tempoh pelaksanaan PKP ini belum lagi pasti bila tamatnya. Kesukaran rakyat amat difahami oleh sebilangan NGO termasuklah Malakat Group. Mungkin ada yang segan kibar bendera putih. Anak syarikat Malakat Group iaitu Malakat Mall dan 6 cawangan Malakat Grocer ada menyediakan bantuan barangan asas, sila ke cawangan berhampiran jika memerlukan. Begini yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada 2 Julai lepas ;

Kumpulan Malakat kumpul dana bantu golongan memerlukan

Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Bantuan Makanan dan Keperluan Asas 3.0 bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

kerjasma

Pengarah Projek, Hailmy Rizuan berkata, dana yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai melalui tabung khas akan digunakan untuk bekalan barangan keperluan mereka yang memerlukan.

Menurutnya, sumbangan itu difokuskan kepada golongan asnaf, B40 dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang boleh didapati melalui cawangan-cawangan Malakat Grocer.

“Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh ke Malakat Mall atau cawangan Malakat Grocer yang berhampiran.

6 Cawangan Malakat Grocer

“Setakat ini kita sudah ada enam cawangan Malakat Grocer antaranya di Taman Putra Perdana, Taman Kosas, Hospital Ampang, Kota Warisan, Alam Damai dan Greenwood, Gombak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hailmy berkata, penubuhan cawangan Malakat Grocer itu bertujuan membolehkan penduduk yang berada di kawasan sekitar cawangan berkenaan mengambil bantuan keperluan asas tersebut.

Mereka boleh pergi ke kedai dan ambil barang sekadar yang diperlukan. Ini antara konsep baharu yang kita buat sekarang ini,” katanya.

kerjasama

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bantuan bekalan makanan itu juga hasil daripada kesinambungan projek PKP1.0 tahun lalu.

“Sebelum ini kita gunakan dua konsep iaitu keperluan asas dan bantuan makanan bermasak. Agihan ini bukan sahaja diberikan kepada petugas barisan hadapan tetapi turut diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan flat,” katanya.

Sekian laporan akhbar Sinar Harian.

Wahai rakyat Malaysia di manapun anda berada, berilah kerjasama kepada frontliner. Kita hendak bebas, kita bosan duduk rumah. Begitu juga frontliner mereka letih, punya keluarga, hendakkan masa bersama keluarga juga. Bantulah Kita Sesama Kita.

Sumber : [1] [2]

Lihat juga pautan : Mari Bersedekah Di Sini

Leave a Comment