Masjid Putrajaya Sudah Ada Kuota | Tok Mat Selamba Solat Luar Masjid

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video berdurasi 57 saat yang menunjukkan seorang kenamaan (VIP) dibenarkan masuk di Masjid Putrajaya manakala sekumpulan jemaah lain yang terlewat tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat.

Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

masjid putrajaya

Ada Agenda Tertentu

Ikmal berkata menerusi satu video di laman Facebooknya, tindakan merakam dan menularkan video tersebut sengaja dilakukan bagi memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk,”

“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” kata Ikmal di Facebook.

Imam Besar Tak Reda, Tuntut Maaf

masjid putrajaya

Imam Besar itu juga menyatakan bahawa dia tidak meredai perbuatan individu yang telah menularkan video tersebut selain mahu individu itu bertemu dengannya untuk meminta maaf.

“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” ujar beliau.

Masjid Putrajaya Sudah Tetap Kuota

Dalam pada itu, Ikmal memaklumkan bahawa sebenarnya telah ada penetapan kuota untuk solat Jumaat di Masjid Putrajaya. 300 orang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di mana 90% (270 orang) adalah untuk orang awam dan 10% (30 orang) adalah untuk VIP.

“Kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,” katanya.

10% VIP Sudah Serah Nama Awal

Tambahnya lagi, 30 orang VIP itu telah terlebih dahulu memberikan nama mereka.

“Sudah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), itu hak dia, yang lebihnya (270) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik,” katanya.

Tok Mat Selamba Solat Luar Masjid

masjid putrajaya

Setelah itu, tular sebuah video yang menjadi perhatian warga maya di mana seorang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat solat Jumaat di luar masjid bersama beberapa jemaah lain.

Ramai yang mengatakan perkara yang terjadi di Masjid Putrajaya itu bukanlah suatu masalah besar sebenarnya. Apa yang lebih penting adalah tetap menunaikan solat.

masjid putrajaya

Rata-rata warga maya memuji sikap yang ditunjukkan oleh Tok Mat kepada masyarakat kerana tetap merendah diri.

Hidup itu pilihan. Ambillah sisi positif dari kehidupan ini. Ia akan memberi impak yang baik kepada diri anda. Semoga bermanfaat.

Sumber : [Kosmo] [Oh My Media]

Lihat Pautan : Ini Sebabnya Penghantar Makanan Grabfood Ini Menampal Sticker ‘Percayalah Pointerku 3.85’ Pada Motosikalnya

Leave a Comment