Hati-Hati Madu Boleh Jadi Racun~Simpan & Makan Cara Betul-Dr. Zubaidi

Madu sememangnya menjadi petua kesihatan daripada pada setiap zaman mahupun tempat. Manisan sedap ini juga telah tertulis di dalam kitab suci orang Islam, al-Quran sebagai penawar pelbagai penyakit (Surah AnNahl, 68-69).

Madu Tiruan

madu

Namun apa yang berlaku mutakhir ini, madu yang dijual di pasaran bercampur aduk antara madu tulen atau palsu kerana pengeluar hendak mendapatkan keuntungan tinggi. Madu tulen atau asli dihasilkan daripada nektar tumbuhan atau rembesan bahagian hidup tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah madu. Hasil penelitian sains, madu asli atau tulen mengandungi 80% gula terutama fruktosa dan glukosa dan lebih 200 komponen lain termasuklah antioksidan, air, vitamin, mineral, asid fenolik, protein, dan enzim.

Isu madu tiruan sebenarnya telah wujud sejak sekian lama dan telah banyak dijual dalam pasaran seluruh dunia. Disebabkan sukar untuk membezakan antara madu tulen dan tiruan, maka sebilangan rakyat Malaysia mengambil alternatif yang dijangka lebih selamat iaitu dengan membeli madu dari orang asal atau penduduk kampung berdasarkan kepercayaan bahawa madu itu adalah tulen.

Walau bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan di Universiti Malaya pada tahun 2006 dengan meneliti 40 sampel madu tempatan  yang dijual di pasaran menyimpulkan hanya 23% adalah madu tulen. Selebihnya iaitu 31 sampel (77%) adalah sama ada madu sintetik atau madu yang telah dicampurkan dengan bahan lain, iaitu madu yang tidak tulen.

Apa yang merungsingkan pengguna adalah kesan kesihatan dari amalan pengambilan madu yang tidak tulen. Ini akan meningkatkan risiko pengguna untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, aterosklerosis, dan penyakit jantung koronari.

Cara Simpan Madu Yang Betul Supaya Tidak Jadi Racun

 

madu

Digalakkan tidak simpan di dalam peti ais kerana fruktosa dan glukosa dalam madu akan mendak.

Jika hendak simpan juga dalam peti ais, simpanlah di tempat kurang sejuk (tempat sayuran dan buahan).

Simpan di tempat kering, tidak terlalu panas.

Proses fermentasi tidak rosakkan madu. Jika ada buih dan rasa masam bukan bermakna madu rosak. Jika dalam suasana terkawal, fermentasi akan hasilkan cuka madu yang baik untuk perut dan usus.

Jangan simpan madu dalam bilik panas / kena sinaran matahari secara langsung. Enzim madu akan rosak. Toksin berbahaya  hidroksimetilfurfuran (HMF) akan terhasil apabila suhu tinggi seperti dimasak atau disimpan dalam bonet kereta dalam masa lama.

Boleh beri madu pada anak atas 2 tahun dalam kuantiti kecil. Tidak boleh beri pada bayi bawah 1 tahun. Dibimbangi madu yang diberi tidak asli dan ada bakteria Clostridium botulinum . Kalau yakin madu itu asli boleh beri beberapa titik ke dalam mulut bayi.

Cara Makan Madu (oleh Dr. Zubaidi Ahmad)

madu

Saya mahu kongsikan cara penggunaan madu yg diberitahu oleh Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis. Tujuan saya berkongsi agar kita berfikiran terbuka terhadap ilmu. Jika mahu amal silakan. Jika tak mahu sebab ada pendapat yg lebih baik, tinggalkan. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

Pilih Madu Yang Asli

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka. Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksagon.

Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air. Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Semoga panduan ini membantu kita. Hati-hati membeli madu yang kelihatan elok dan banyak tapi murah. Boleh jadi anda ditipu.

Sumber : [1] [2] [3] [4]

Lihat pautan sebelumnya :  Ada Makan Free Laju Je Nak Cucuk Vaksin. Ramai Terhibur.

Leave a Comment