M4yat Nelayan Jatuh Bot Ditemui Bapa Sendiri

Seorang nelayan jatuh daripada botnya ketika sedang menjala ikan di perairan Pantai Sri Tujuh, Tumpat pada hari ini. Dipercayai bot yang dinaikinya berpusing dan terbalik menyebabkan beliau terjatuh.
Bapanya juga yang keluar bersama untuk menjala ikan namun menggunakan bot berasingan. M4yat mangsa, Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, kemudian ditemui oleh bapanya sendiri, Razak Ismail, 59, kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Nur Ayuni Abdul Razak, 22, adik mangsa berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu bersama bapanya, keluar menangkap ikan dengan menaiki bot berasingan.
Menurut Nur Ayuni, rutin harian ayah dan abangnya itu keluar dari rumah di Kampung Baru Nelayan pada pukul 2 pagi untuk menangkap ikan di Pantai Sri Tujuh.
“Kebiasaannya, abang dan ayah akan pulang dengan selamat. Hari ini, saya menerima panggilan daripada rakan ayah yang berada di tempat kejadian memaklumkan bahawa abang saya lem4s.
“Saya terus ke Pantai Sri Tujuh dan melihat m4yat abang sudah berada di jeti sambil dipangku oleh bapa,” katanya dengan sebak.
Menurut Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu oleh rakan mangsa pada pukul 6.30 pagi tadi.
“Siasatan mendapati, m4yat lelaki itu dijumpai kira-kira 13 batu nautika dari jeti Pantai Seri Tujuh dan dibawa balik oleh bapanya sendiri ke jeti Pantai Seri Tujuh,” katanya.
Semoga keluarga nelayan ini tabah dan sabar dengan kejadian yang menimpa. Allaahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu.

Sumber : [Kosmo]

Pautan Lain : Video Pertemuan Mengharukan Ibu Dan Anak Yang Telah Terpisah Sejak 70 Tahun

Leave a Comment