LOGIN e Filing

LOGIN e Filing 2021 kini boleh dirujuk.

LOGIN e Filing merupakan sistem di bawah Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Berikut merupakan beberapa keperluan untuk login e Filing LHDN. Kebanyakannya berkaitan dengan pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian.

Hal ini boleh dilakukan bagi…

  • Borang B/BT (e-B/e-BT)-Mempunyai punca pendapatan perniagaan atau pekerja yang berpengetahuan atau berkepakaran.
  • Borang p (e-P)-Borang pernyataan perkongsian.
  • Borang BE (e-BE)-Tidak mempunyai sumber pendapatan perniagaan.
  • Borang M/MT (e-M/e-MT)-The Return Form of a Non-Resident Individual and or Knowledge Worker.
  • Borang C (e-C)-Borang Nyata Syarikat.
  • Borang E (e-E)-Borang Nyata oleh Majikan.
  • Borang C1 (e-C1)-Borang Nyata Koperasi.
  • e-Anggaran (e-CP204) untuk Syarikat, Koperasi atau Badan Amanah-Borang Anggaran Cukai Syarikat atau Borang Pindaan Cukai Pindaan ke-6 (CP204A-Pindaan ke-6) atau Borang Pindaa Cukai Syarikat Pindaan ke-9 (CP204A-Pindaan ke-9).
  • Borang R (e-R)-Penyata Baki 108 Tersemak.

(Berdasarkan e-Filing LHDN 2019)

Disini dikongsikan

 

EZHASIL LOGIN:

Pertama sekali, layari laman web LHDN yang betul.

https://ez.hasil.gov.my/CI/

 

Berikut merupakan paparan seterusnya.

 

Pada bahagian log masuk, masukkan No. Kad Pengenalan Baru/No. Pasport/No. Tentera/No. Polis (tanpa tanda ‘-‘) pada ruang yang tertera.

Kemudian, klik hantar.

Jika anda log masuk buat kali pertama, klik pada ‘Login Kali Pertama’ atau https://ez.hasil.gov.my/CI/LoginKaliPertama.aspx

Anda akan dibawa ke paparan berikut.

Ikuti langkah yang diberikan, ‘Langkah 1 hingga selesai’.

 

Setelah selesai, kembali ke menu utama dan masukkan info yang diperlukan.

 

Tahniah, anda sudah berjaya log masuk ke dalam sistem!

 

CARA ISI E FILING:

Setelah anda berjaya log masuk ke dalam sistem, sila pilih borang yang anda hendak isi.

Contoh: Borang e-BE, Borang e-E, dsbg.

 

Isi semua maklumat yang diperlukan.

  • Maklumat peribadi individu.
  • Pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan tahun sebelumnya yang belum dilaporkan.
  • Rebat, pelepasan, pelepasan cukai atau tolakan cukai.
  • Rumusan.

 

Pastikan anda mengisi maklumat-maklumat tersebut dengan lengkap. Kemudian, hantar semua borang itu dalam portal LHDN secara onloine.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN!!

 

Sekian, semoga perkongsian LOGIN e FIling kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga PANDUAN MATA KREDIT GURU SPLKPM.

Leave a Comment