Kronologi “Justice For Bella” | Rumah Bonda Telah Disita.

KEADILAN UNTUK BELLA

Bella

Tidak lama sebelum ini kita dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak lagi. Sebelumnya memang banyak kes dera kanak-kanak tetapi kali ini agak menyedihkan juga kerana kanak-kanak ini adalah istimewa, menghidap Sindrom Down. Ikuti kisahnya ;

[1]  Bella merupakan kanak-kanak OKU Down Syndrome berusia 13 tahun. Ketika usianya 7 tahun, beliau dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah.

[2]  Tahun lepas ketika usianya 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ketika itulah beliau bertemu dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Lalu, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada beliau untuk jaga Bella. Permohonannya diluluskan.

[3]  Apa yang berlaku kepada Bella hingga wujudnya hashtag JusticeForBella? Semuanya bermula bila Puan Mona Din berkongsi kisah menyayat hati Bella bermula 6 Julai lepas di fb beliau.

[4]  Lihat sahaja 2 paparan gambar yang saya sertakan ini. Wajah penuh keceriaan akhirnya berubah menjadi kemurungan, trauma, keliru serta takut. Badannya penuh degan kesan parut, tangan kanan dan kiri punyai luka serta kudis yang besar. Apa yang telah berlaku?

Bella
Adik Bella 2020
Bella
Adik Bella 2021

[5]  Bella dipercayai telah didera! Siapa yang mendera beliau? Masih dalam siasatan pihak polis. Laporan polis telah dibuat pada 24 Jun yang lepas. Hari ini 12 Julai, hampir 3 minggu selepas laporan polis dibuat. Khabarnya, Siti Bainun telah ditahan oleh pihak polis 6 Julai yang lepas. Segala hasil siasatan tidaklah diketahui.

Bella

[6]  Penasihat Rumah Bonda adalah Tuan Syed Azmi sendiri. Siti Bainun pula adalah pengasas rumah berkenaan. Maka, tak pelik netizen berpusu-pusu menziarahi facebook Syed Azmi bertanya macam-macam soalan.

Bella
Tuan Syed Azmi

[7]  Menurut Syed Azmi, Bella tidak tinggal di Rumah Bonda, tetapi tinggal di kondo Siti Bainun. Namun, siaran langsung Wanita Hari Ini bertarikh 31 Julai 2020, pada minit ke 19, jelas-jelas terlihat wajah Bella yang ketika itu berada di Rumah Bonda (berbaju oren) (siaran WHI di sini : https://fb.watch/v/6mQnGg8UD/). Dan faktanya adalah sejak Julai 2020 hingga Oktober 2020, Bella menetap di Rumah Bonda, rumah yang menempatkan remaja hamil luar nikah. Selepas itu baru berpindah ke kondo hingga beliau ditemui dalam keadaan demikian pada 23 Jun yang lepas.

[8]  Siti Bainun yang menjaga 6 lagi kanak-kanak yang lain, dengan 2 orang sama seperti Bella, kanak-kanak OKU. Bayangkan, jaga anak angkat di rumah di samping menjaga para remaja di Rumah Bonda. Macam mana nak handle tu?

[9]  So, sekarang ni siapa yang dera Bella? Saya memegang premis sama seperti Cikgu Mohd Fadli Salleh, biar polis yang siasat. Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak polis dalam isu ini!

[10]  Saya ada juga terbaca kome, katanya Bella terkena air panas. Takkanlah terkena air panas sampai jadi macam tu sekali? Tak logik langsung. Katakanlah alasan tak logik tu benar-benar terjadi, maka apa tanggungjawab penjaga untuk berikan rawatan yang selayaknya kepada Bella? Bukanka itu satu pengabaian?

[11]  Seperti yang ditulis oleh Puan Nor Zabetha : “Perintah penjagaan itu kuasanya sama seperti jagaan ibubapa, memelihara, menjaga dan kawalan. Penjaga mempunyai hak dan tanggngjawab ke atas anak, memastikan penjagaan, kebajikan, keselamatan dan segala urusan berkaitan anak. Tidak munasabahlah sekiranya, jika ada anak yang didera kemudian, ibu bapa menafikan. “Eh? Saya tak tau apa-apa. Mana saya tau siapa dera dia? Apa jadi dekat dia pun saya tak tau”. Tidak munasabahkan? Seorang yang mempunyai penjagaan dan kawalan tetapi tidak tahu menahu. Terlalu banyak keraguan dalam kes ini.

[12]  Semoga siasatan berjalan dengan lancar dan individu yang bertanggungjawab mendera Bella dihumban ke dalam penjara!

Kronologi ini merupakan perkongsian daripada media sosial saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Bella
Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Rumah Bonda Disita

Bella

Terkini menurut laporan mstar, Rumah Bonda telahpun disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Isnin. Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata tindakat tersebut dilakukan susulan kes dera terhadap Bella. Menurutnya lagi, rumah kebajikan tersebut didapati tidak berdaftar dengan JKM.

Bella

Menurut MalaysiaGazette pula pengarah JKM tersebut menjelaskan bahawa Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Tengku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan manakala kanak-kanak lain pula ditempatkan di institusi-institusi kebajikan berdaftar dan ia dilakukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Penghuni wanita berusia 18 hingga 33 tahun pula telah kembali kepada keluarga masing-masing, tinggal di rumah saudara mara dan di rumah-rumah jagaan yang dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO).

Begitulah salah satu kisah dera kanak-kanak di pusat jagaan. Sungguh kasihan bukan? Sepatutnya pusat yang diharapkan dapat melindungi kanak-kanak tersebut secara fizikal dan emosi tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Bukan semua pusat jagaan begini. Tetapi sebenarnya masih ada lagi kes dera yang masih terselindung. Semoga semua kanak-kanak yang dianiaya ini mendapat pembelaan sewajarnya dan pendera mendapat hukuman setimpal!

Wahai warga Malaysia, jadilah mata dan telinga kepada kes-kes sebegini. Laporlah kepada pihak sepatutnya jika ada melihat kes yang kejam kepada kanak-kanak seperti ini. Ayuh sebarkan dan tingkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak.

Sumber : [1] [2] [3]

Lihat pautan : KIBAR BENDERA PUTIH ONLINE

Leave a Comment