Khalil Rafati | Dari Gelandangan Menjadi Jutawan Jus

Semua orang yang berjaya ataupun jutawan sebenar pasti pernah mempunyai kisah kejatuhan dalam hidup sebelum mengecap kejayaan. Pernahkah anda mendengar tentang Khalil Rafati? Dari seorang gelandangan menjadi seorang jutawan.

Gelandangan, Miskin, Merempat

khalil rafati

13 tahun lepas, Khalil Rafati melalui hidup yang sangat sukar sebagai gelandangan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau hidup dalam kemiskinan, merempat dan juga kehilangan tempat tinggal. Lebih memburukkan lagi apabila Khalil Rafati telah terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah, her0in dan alkohol sehingga sak!t dan hampir men!nggal sebanyak 2 kali. Badannya amat kurus dan mempunyai berat hanya sekitar 49 kilogram sahaja.

Sebelumnya, Khalil Rafati lahir di Ohio pada tahun 1969. Bapanya seorang Muslim manakala ibunya seorang Yahudi Poland. Beliau mempunyai banyak masalah sejak kecilnya. Ditendang daripada sekolah dan tidak memiliki apa-apa kualifikasi serta pernah ditangkap kerana masalah vandalisme. Pada tahun 1992, beliau berpindah ke Los Angeles dengan harapan ingin mengejar impian menjadi bintang filem.

khalil rafati

Mengejar Impian Menjadi Bintang Filem

Harapan tinggal harapan, nasibnya tidak memihak untuk beliau menjadi seorang selebriti. Beliau mencuba pula nasib dengan menyertai kumpulan band serta menjadi pencuci kereta. Pernah menjadi pencuci kereta bintang popular seperti Elizabeth Taylor, Jeff Bridges dan Slash, gitaris utama kumpulan Guns ‘N Roses.

Terjerumus Dadah

Namun, sayangnya beliau terjerumus ke kancah dadah sehingga ketagihan dan pernah sehingga 9 kali dimasukkan ke h0spital akibat terlebih dos bagi memenuhi ketagihannya. Dalam keadaan tidak sedar di h0spital, pasukan perubatan cuba menyedarkan beliau dengan kaedah ‘defibrillator‘ menggunakan renjatan elektrik. Akhirnya beliau sedar semula. Ketika itu pada tahun 2003 dan beliau berusia 33 tahun di mana beratnya cuma 49kg serta kulitnya penuh dengan ulcer.

khalil rafati

Beliau pernah cuba untuk keluar daripada jeratan ketagihan ini namun hanya berhasil setelah percubaan ke-9. Ini dikuatkan lagi apabila ibunya disahkan menghidap kanser pada masa itu. Setelah itu hidupnya berubah 360 darjah. Beliau berjaya keluar dari kancah dadah, beransur pulih dan menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Beliau bekerja di 2 pusat rehabilitasi di Malibu, mencuci kereta, mengambil upah membawa anjing peliharaan berjalan, dan melakukan kerja-kerja pekebun di taman.

Beliau berkata, “Saya dapat menyimpan wang. Saya bekerja 7 hari seminggu, 16 jam sehari.”

Kisah Jus Smoothie Organik

khalil rafati

Beliau mula bersungguh-sungguh membuat jus sayuran dan buahan setelah bertemu dengan teman lamanya dari Ohio. Rakannya itu mengajarnya tentang vitamin, makanan organik dan ‘superfood’. “Pada waktu itu, saya mencari apa sahaja cara untuk membuatkan diri saya lebih baik,” kata Khalil.

Pada tahun 2007, Khalil Rafati mula menyewa sebuah rumah dan membuka pusat rehabilitasinya sendiri bernama Riviera Recovery untuk klien-klien yang mampu membayar $10,000 dalam sebulan untuk tinggal di pusat rehabilisatinya tersebut. Khalil akan membuat jus smoothie eksotik campuran pisang, serbuk maca, madu royal dan pollen yang beliau namakan Wolverine untuk klien-klien beliau bagi meredakan obsesi, ketagihan dadah serta arak dan bagi membantu mengatasi kelesuan. Rasa lesu pada awal proses penyembuhan adalah hal yang sangat teruk terutamanya jika sebelum ini pernah menggunakan dadah berdos tinggi pada waktu yang lama.

Khalil Rafati Jadi Jutawan

khalil rafati

Tanpa disangka, jus beliau semakin dikenali ramai dan ramai yang datang ke tempat beliau untuk membeli jus tersebut. Memandangkan terlalu banyak permintaan dan dananya sudah mencukupi untuk membuat bisnes berasingan, pada 2011 Khalil melancarkan perniagaan Sunlife Organics bersama rakan-rakannya.

Cawangan pertama bisnes baru beliau ini dibuka di Malibu dengan menggunakan wang simpanan. Pada tahun pertama, keuntungannya mencatat 1 milion dolar dan Khalil mengatakan ianya sebuah kejayaan segera.

Sebelumnya, beliau melakukan penambah baikan dari segi kandungan nutrisi jus tersebut sehingga pernah ke pelbagai negara seperti India, Amerika Tengah sehingga ke Indonesia bagi menghasilkan jus yang sihat, bernutrisi dan sedap.

Bisnes Berkembang

Bisnes tersebut telah mempunyai 6 rangkaian kedai dengan lebih daripada 200 orang telah bekerja di bawah perniagaan tersebut. Selain jus, perniagaannya berkembang kepada jualan makanan dan pakaian seperti t-shirt dan hoodies.

khalil rafati

Di samping Sunlife Organics, Khalil Rafati masih lagi mengusahakan Riviera Recovery dan mempunyai sebuah studio yoga di Malibu. Beliau juga menulis sebuah buku autobiografi dirinya bertajuk ‘I Forgot To Die’¬†yang diterbitkan pada tahun 2015.

“Saya bukanlah seorang yang bijak pandai. Tetapi saya ada satu kehausan untuk hidup dan saya meletakkan diri saya sepenuhnya terhadap sesuatu apabila saya sudah memutuskan untuk melakukannya,” kata Khalil.

khalil rafati

Kini, bisnesnya semakin berkembang dan beliau sudah bergelar jutawan. Kehidupan terkini beliau dikongsikan di laman Instagram beliau sendiri, @khalilrafati.

Begitu menginspirasi, bukan? Daripada seorang yang hampir musnah hidupnya sehingga berjaya bangkit kembali menjadi seorang jutawan. Pernahkah anda menghadapi situasi paling teruk dalam hidup? Semoga kisah Khalil Rafati ini dapat menginspirasi dan memberi motivasi kepada anda untuk teruskan hidup dan lebih berjaya.

Sumber rujukan : [BBC] [Majalah Labur] [Glamlelaki] [NewsSchoolmedia]

Lihat Pautan : Kem Pemulihan Titik Awal 1733 Rakyat LGBT Berubah Lebih Baik

Leave a Comment