Kelonggaran Kepada Penerima Dos Lengkap Vaksin Bergantung Fakta Sains

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kelonggaran-kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin akan dimaklumkan selepas Aidiladha. Ramai yang ternanti-nanti dan menunggu apakah jenis kelonggaran yang akan diberikan. Terkini, TPM telah membuat kenyataan bahawa kelonggaran tersebut akan berdasarkan kepada beberapa faktor.

[BACA : BEKAS PESAKIT COVID TIDAK PERLU TUNGGU 3 BULAN]

Kelonggaran Berdasarkan Fakta Sains

kelonggaran
Kredit : SinarHarian

Menurut Berita Harian, beliau berkata ia merangkumi model pelaksanaan yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbangan diutarakan pelbagai pakar kesihatan.

Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan yang muktamad berhubung perkara itu dan akan dibuat secara menyeluruh bagi mengelak risiko penularan jangkitan pada masa depan.

Datuk Ismail Sabri juga berkata, “Kita ambil maklum semua perkara termasuk kebimbangan pakar seperti dalam laporan muka depan akhbar hari ini. Ada pihak yang bimbang dan minta supaya terus kuat kuasakan larangan rentas negeri serta daerah, tetapi berkemungkin beberapa pengecualian berupaya diberikan.

“Contohnya, pasangan jarak jauh yang masing-masing sudah lengkap suntikan imunisasi, maka kita boleh benarkan mereka rentas daerah dan negeri untuk berjumpa.

“Jawatankuasa Teknikal MKN sedang buat kajian. Kita tiada garis masa bila ia akan dimuktamadkan kerana perlu diperhalusi secara berhati-hati,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, beliau bersama dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, meninjau operasi kilang Pharmaniaga Berhad, di sini, dan menyaksikan penyerahan kelompok terakhir bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal berkenaan.

Pakar Kesihatan Minta Berhati-Hati

Pakar kesihatan meminta supaya kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin. Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan kes jangkitan kategori satu dan dua, selain mengekalkan larangan rentas negeri serta daerah.

TPM berkata, negara jiran, termasuk Singapura masih giat mempertimbangkan kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin, memandangkan situasi semasa pandemik COVID-19 berubah-ubah. Sebelum ini, Singapura membenarkan kelonggaran untuk makan di kedai, namun mula menarik balik keputusan berkenaan kerana bimbang risiko penularan jangkitan.

Kelonggaran Kepada Jenis Perniagaan

Mengambil faktor itu, Ismail Sabri berkata, “Justeru, ia petanda bahawa kita tidak boleh ambil ringan mengenai keputusan memberikan kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin ini. Bagaimanapun, kita juga ambil kira keperluan memberikan kelonggaran kepada jenis perniagaan yang sudah memberikan suntikan imunisasi kepada semua pekerjanya.

Beliau juga menjelaskan, “Selain itu, jenis perniagaan tertentu ini tidak merekodkan sebarang rekod pembentukan kluster COVID-19, justeru ada asas tertentu yang diambil kira sebelum kita beri kelonggaran untuk beroperasi.”

Merujuk Nilai Ambang Tertentu

kelonggaran
Kredit : BH

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata kelonggaran itu akan membabitkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan sebagai syarat peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara, khususnya membabitkan jumlah populasi yang sudah menerima vaksin.

“Kebebasan kepada penerima dos lengkap vaksin sedang dikaji sebuah jawatankuasa kerja teknikal di bawah JKJAV, yang dianggotai pakar kesihatan dan sains.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata, antara contoh yang boleh dilihat membabitkan garis panduan kelonggaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

“Contohnya, sekiranya ada beberapa orang yang sudah lengkap menerima vaksinasi ingin berjumpa dalam satu bilik, mereka boleh tanggalkan pelitup muka.

“Ini sedang diperhalusi jawatankuasa kerja teknikal yang akan membuat syor jenis kebebasan yang dibenarkan serta nilai ambang untuk negara kita, seperti 30 hingga 40 peratus penduduk di populasi, baru dapat diberi kebebasan kepada mereka.

Sijil Digital Vaksinasi / Paspot Vaksin

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sijil digital vaksinasi atau pasport vaksin dalam aplikasi MySejahtera akan digunakan oleh penerima dos lengkap untuk membolehkan mereka menikmati kebebasan tertentu itu.

“Kita juga sedang berunding dengan negara lain untuk sama-sama mengiktiraf sijil digital vaksinasi masing-masing. Rundingan dengan Singapura hampir tamat.

Matlamat 80% Populasi Divaksinasi

“Namun, ingin saya tekankan bahawa selagi negara belum mencapai matlamat 80 peratus populasi divaksinasi, kita perlu terus patuhi prosedur operasi standard (SOP), atau jangkitan berisiko kembali melonjak dan tidak dapat mencapai sasaran Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Diharapkan negara kita dapat mencapai imuniti kelompok dengan segera dan proses ekonomi juga pelancongan dapat berjalan dengan lancar. Bersatu berusaha, bebaslah segera.

Sumber : [1] [2]

Leave a Comment