JPJ Tawar Diskaun Saman Hingga 70% | 18 Ogos-16 September

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 bertema “Malaysia Prihatin”, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan telah bersetuju untuk memberikan tawaran diskaun saman sehingga 70% kepada semua saman yang boleh dikompaun bermula 18 Ogos hingga 16 September.

diskaun saman

Tidak Terpakai Bagi Kes Mahkamah

Walau bagaimanapun, tawaran tersebut tidak terpakai untuk kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tang kap atau perbicaraan.

Menurut JPJ pengurangan bayaran kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Diskaun Saman 18 Ogos Hingga 16 September 2021

Sementara itu, JPJ berkata, tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh diskaun sehingga 16 September depan.

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, kiosk atau secara dalam talian melalui portal : mySIKAP JPJ .

diskaun saman

diskaun saman

Tawaran ini sudah pastinya dibuat bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kemelut ekonomi akibat pandemik yang masih belum selesai. Ambillah kesempatan ini untuk membayar sementara diskaun saman masih ada jika anda mempunyai saman tertunggak.

Sumber : [Kosmo]

Lihat Pautan : Seolah-olah ada k0nspi ras1..kata Muhyiddin

Leave a Comment