Jawatan Kosong DBKL September 2023
Jawatan Kosong DBKL, DBKL telah mengumumkan satu makluman memerlukan tenaga pekerja bagi memudahkan urusan kerja dilaksanakan. Iaitu Pengambilan Jawatan Kosong DBKL September 2023, diharapkan dengan permohonan ini dapat membantu anda bekerja sebagai pekerja kerajaan dan mengurangkan masalah tiada pekerjaan.
Baca lagi di : Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh, Format Soalan & Tempat Ujian
Oleh yang demikian, para graduan yang baru habis belajar dan sahabat kita yang belum ada pekerjaan anda semestinya perlu memohon kekosongan jawatan yang telah dibuka oleh DBKL.
Maklumat Pengambilan Jawatan Kosong DBKL September 2023
Maklumat Lengkap Jawatan
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang dibuka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beserta penerangan ringkas:
Syarat Lantikan Jawatan di DBKL
Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
Akautan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
Penolong Jurutera (Mekanikal)
- Sijil dalam bidang kejuruteraan (mekanikal) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Diploma dalam bidang kejuruteraan (mekanikal) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Penolong Jurutera (Awam)
- Sijil dalam bidang kejuruteraan (awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Diploma dalam bidang kejuruteraan (awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Penolong Pegawai Perancang dan Desa
- Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya - Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Penolong Pegawai Tadbir
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jururawat
- Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman kepada semua calon yang berminat untuk memohon, tarikh permohonan iklan kerjaya ini ditutup pada 4 Oktober 2023 pada hari Rabu 11:59 malam.
Cara Permohonan Jawatan DBKL September 2023
Iklan Penuh Jawatan
Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:
Langkah Cepat Permohonan untuk Para Calon
Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.
Langkah 1
Makluman untuk pemohon bagi langkah pertama cara untuk memohon, kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu dahulu seperti dibawah:
Langkah 2
Permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
Langkah 3
Calon yang mempunyai Ijazah, diploma / Sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web DISINI atau PORTAL
Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, STPM, STAM, SijilMatrikulasi, SPM, SVM atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuktemu duga.
Catatan
- Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup
- iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.