RASMI Tarikh Dan Jadual STPM 2020

Jadual STPM telah dikeluarkan oleh KPM.

Jadual STPM ini telah berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan, dan akan dijalankan mengikut perincian yang ditetapkan.

Sijil Tinggi Persekolahan Malayia ini merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Tingkatan 6. Berikutan dengan pandemik Covid-19, peperiksaan yang kerap kali ditunda ini kini sudah mendapat penjadualan semula.

Pada 8 November 2020, Menteri Pendidikan telah menyatakan bahawa peperiksaan ini akan bermula pada Mac 2021.

 

Berikut merupakan perincian STPM 2020:

  • Peperiksaan Semester 2 – bulan Mei hingga Ogos 2020
  • Peperiksaan Semester 3 – Suku pertama tahun 2021

 

JADUAL PEPERIKSAAN STPM 2020 (KEMASKINI 9 JULAI 2020)

 

JADUAL PEPERIKSAAN BAGI STPM 2020/2021

STPM SEMESTER 1 2021: Peperiksaan bertulis akan berlangsung pada tarikh 16, 17, 18 dan 22 Mac 2021. Jadual yang lengkap akan dikemaskini kemudian.

STPM SEMESTER 2 2020: Peperiksaan bertulis akan berlangsung pada tarikh 12, 13, 17 dan 18 Ogos 2020. Jadual yang lengkap akan dikemaskini kemudian.

STPM SEMESTER 3 2020: Peperiksaan bertulis akan berlangsung pada suku pertama tahun 2021, iaitu pada tarik 5,6,7,8 dan 12 April 2021. Jadual yang lengkap akan dikemaskini kemudian.

STPM ULANGAN SEMESTER 1 2020: Peperiksaan bertulis akan berlangsung pada tarikh 16, 17, 18 dan 22 Mac 2021. Jadual yang lengkap akan dikemaskini kemudian.

STPM ULANGAN SEMESTER 2 2020: Peperiksaan bertulis akan berlangsung pada tarikh 8, 9, 10 dan 15 Mac 2021. Jadual yang lengkap akan dikemaskini kemudian.

 

MAKLUMAT LANJUT:

Calon perlu merujuk kepada LPKC untuk mendapatkan Angka giliran serta pusat peperiksaan calon.

Calon yang memohon untuk berpindah dan LULUS, perlu merujuk LPKC mereka yang baru. Seterusnya calon perlulah menduduki peperiksaan di pusat yang baru, dan menggunakan angka giliran yang diberikan.

Calon yang belum mendapat kemaskini LPKC mereka harus segera menghubungi; Bahagian Pengendalian STPM dan MUET (Majlis Peperiksaan Malaysia), Nombor telefon: 0361261600 serta Sektor Penilaian dan Peperiksaan (JPN).

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari laman web KPM.

 

Sekian, semoga para pelajar dapat bersedia untuk menduduki peperiksaan STPM 2020/2021.

 

Lihat juga JADUAL SPM 2020.

Leave a Comment