Isteri Sedang Tidur Men1nggal, Suami Lempar Ular Berbisa

Perkahwinan yang dibina tidak semuanya kekal lama dan bahagia. Ombak ujian pasti akan melanda. Ada yang berjaya mengharunginya, ada juga yang karam di lautan. Bagaimanapun, tindakan seorang suami ini benar-benar melampau batas.

Menurut laporan The National News, seorang lelaki di India didapati bersalah atas kesalahan membu nuh isterinya dengan melepaskan ular tedung ke arah isterinya ketika mangsa sedang tidur.

P Sooraj, 27, membuat perancangan teliti dan melakukan penyelidikan di internet mengenai bisa ular.

Mahkamah di daerah Kollam di selatan Kerala, minggu ini, mensabitkan lelaki itu atas tuduhan membu nuh isterinya Uthra, 25.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada Mei tahun lalu.

2 Kali Percubaan Bu nuh Isteri

Sooraj kali pertama melakukan cubaan membu nuh isterinya dengan menggunakan ular kapak Russell, namun ia gagal.

Bagaimanapun, percubaan kali kedua berjaya menyebabkan isterinya yang ca cat itu men1nggal dunia.

ular

Hakim Manoj M mendapati Sooraj bersalah menggunakan ular berkenaan agar ia mematuk isterinya.

Pihak pendakwaan menuntut tertuduh dikenakan huku man m4ti.

Bagaimanapun, hakim akan memutuskan huku man terhadap tertuduh pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Kes itu sebelum ini menggemparkan negara dan penyiasat menyiapkan 1,000 halaman kertas pertuduhan dengan memperincikan rancangan pembu nuhan yang teliti.

Sooraj dan Uthra berkahwin pada 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, keluarga Uthra mendakwa Sooraj, seorang pekerja swasta bergaji rendah, ingin membu nuh Uthra untuk mengambil harta kekayaannya dan berkahwin lain.

Beli Ular Harga RM552

Penyiasat mendapati Sooraj membeli seekor ular berbisa pada Mac tahun lalu dan menggunakannya untuk menye rang isterinya.

ular

Pada kejadian pertama itu, isterinya terselamat dan dimasukkan ke h0spital selama beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dan tinggal di rumah ibu bapanya.

Pada kejadian kedua, Sooraj membeli ular tedung berbisa dengan harga 10,000 rupee (RM552) dan melemparkannya ke arah Uthra ketika isterinya tidur.

Tidak berperikemanusiaan dan ke jam. Sekalipun benci dan sudah tidak boleh menerima isteri, lepaskanlah dengan cara yang baik. Setidaknya, fikirkan anak yang ditinggalkan. Jangan kerana nafsu amarah, bina sa diri sendiri.

Sumber : [Harian Metro]

Pautan Lain : 3 Jam Ditinggalkan Di Dalam Van, Anak Autisme Men1nggal

Leave a Comment