Ibu Bapa Kandung Bayi Bernama Aniq Syazwan Dicari

Kasihan Aniq Syazwan, Ibu Bapa Lari Entah Ke Mana

Dalam meneruskan kehidupan berkeluarga di kala pandemik ini, ramai yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan isi rumah, ramai juga yang terpaksa keluar dari rumah sewa ekoran terjejas dengan situasi wabak yang melanda seantero dunia. Situasi ini juga telah memberi kesan kepada seorang bayi lelaki yang kehilangan ibu bapa mungkin akibat kesempitan susulan pandemik.

“Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah,” ujar Sahril Salleh, 47, dan isterinya, Siti Norzamzirah Abu Bakar, 47.

Pasangan yang tinggal di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor itu memaklumkan mereka telah membantu memelihara bayi tersebut yang bernama Aniq Syazwan dan kini berusia 9 bulan sejak dilahirkan.

Sahril juga berkata mereka mengambil bayi itu sebagai anak angkat berikutan pasangan suami isteri warga Indonesia yang juga ibu bapa kandung kepada bayi tersebut mendakwa mereka tidak mampu membesarkan Aniq Syazwan kerana kesempitan hidup.

Aniq Syazwan

“Kami pernah meminta ibu bayi itu tampil membantu menyelesaikan masalah urusan permohonan dokumen pengenalan kanak-kanak itu secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kali terakhir berhubung dengan ibu bayi ini bernama Imelda adalah pada Julai lalu. Ketika itu kami menyuarakan cadangan kepada wanita itu supaya membuat dokumen pengenalan diri Aniq Syazwan.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila pemilik rumah didiami pasangan itu memaklumkan ibu bapa Aniq Syazwan sudah lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa,” katanya pada 14 September.

Malahan menurutnya lagi majikan kepada bapa bayi itu memberitahu bahawa lelaki terbabit sudah sebulan tidak datang ke tempat kerja.

“Kami bimbang sekiranya Aniq Syazwan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan menyukarkan bayi m@lang ini untuk menempuh alam persekolahan.

Susulan itu beliau meminta pertolongan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa bayi itu boleh menghubunginya di talian 012-6768513.

Diharapkan ibu bapa kandung Aniq Syazwan dapat ditemui dan memberi kerjasama untuk menyelesaikan urusan dokumen kelahiran anak mereka agar mudah untuk diberi pendidikan di Malaysia pada masa akan datang.

Semoga Sahril Salleh dan isterinya, Siti Norzamzirah Abu Bakar diberikan ganjaran serta dipermudahkan urusan atas keikhlasan menjaga bayi tersebut.

Sumber : [Harian Metro]

Lihat Pautan : Sungai Pisang Sesak Pengunjung Timbulkan Kemarahan Netizen

Leave a Comment