i-Sinar | Bayaran Diawalkan Ke 26 dan 27 Julai Ini

Sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pembayaran i-Sinar bagi bulan Ogos akan diawalkan kepada 26 dan 27 Julai depan.

Perkara itu diumumkan oleh KWSP dalam satu ciapan di akaun rasmi KWSP di Twitter.

i-sinar

Pengkreditan i-Sinar Ambil Masa 1 Hingga 5 Hari

Dalam kenyataan ringkas itu, dinyatakan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli yang telah memohon akan mengambil masa selama 1 hingga ke 5 hari bergantung kepada prosedur bank.

“Para ahli yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, boleh menghubungi KWSP di 03-89224848 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.”

i-sinar

Sementara itu, bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021. Lebih kurang sama seperti i-Sinar, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

i-sinar

Manakala, bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Semakan dan status bayaran terkini boleh didapati melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi talian 03-8922-4848 jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar dan i-Citra.

Gunalah wang anda dengan berhemah.

Sumber : [Malakat Tribunews] [Siakap Keli]

Lihat Pautan : i-Citra

Leave a Comment