i-Citra KWSP RM5000 : Cara Memohon Di Portal i-Citra

i-Citra

Setelah pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan seperti i-Sinar dan i-Lestari sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Kini rakyat diberi harapan baru dengan inisiatif ini pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu getir ini. Sudah tentunya ini memberi sedikit sinar cahaya kegembiraan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menanti-nanti akan pengumuman bantuan daripada kerajaan walaupun ini merupakan keputusan yang sukar bagi kerajaan. Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Apakah i-Citra?

Ia diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP. Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. Beliau juga berkata “Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19. Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini,” katanya semasa mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif ini dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Terkini, ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian iaitu di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Namun, beliau menekankan bahawa kerajaan sedar pengeluaran KWSP merupakan keputusan sukar, “Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya.

Mungkin sebahagian daripada ahli KWSP sudah tidak sabar hendak menikmati hasil caruman sendiri ini. Sebelum itu, mari bersama fahami konsep penting pengeluaran i-Citra.

Berikut merupakan butiran asas yang pencarum perlu tahu dan fahami:

  1. Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM5,000,pihak KWSP tidak mampu untuk membayar sekaligus kepada ahli pada (akan dikemaskini  sebanyak RM5,000 seorang.
  2. Ahli tidak perlu menunjukan bukti pendapatan terjejas untuk layak memohon.
  3. Permohonan digalakkan dilakukan secara atas talian.
  4. Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM5000,anda juga layak.
  5. Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak (bawah umur 55 tahun).

Kepada ahli yang hendak memohon i-CITRA KWSP, berikut adalah CARA MEMOHON (Check Application Online):

CARA MEMOHON i-CITRA KWSP GUNA i-AKAUN KWSP

  1. Sila layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Sila ke butang PENGELUARAN
  3. Pilih i-CITRA
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  5. Sila buat pengesahan
  6. Sila minta TAC, masukan nombor TAC yang dikirim melalui SMS (Pastikan menggunakan nombor telefon yang dikemaskini untuk menerima TAC. Pastikan juga akaun peribadi bank aktif.)
  7. Klik HANTAR

i-Citra

CARA MEMOHON GUNA PORTAL i-CITRA

KWSP telah melancarkan portal khas untuk memudahkan ahli membuat pengeluaran secara online sahaja.

  1. Sila layari https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Klik PERMOHONAN
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta
  4. Klik HANTAR

SOALAN LAZIM 

A. Bila tarikh mula permohonan i-CITRA KWSP?

Permohonan boleh dibuat di talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021

B. Bila tarikh mula program i-CITRA KWSP?

Bermula Ogos 2021

C. Berapa kadar bayaran i-CITRA?

Kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.

D. Bilakah tarikh tutup permohonan?

30 September 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Hotline i-Citra di talian : 03-8922 4848

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga dengan adanya inisiatif ini, lebih membantu dari segi kewangan keluarga anda. Gunakan sebaiknya, jangan membazir kepada perkara yang tidak bermanfaat pula.

Lihat juga pautan i-Saraan.

Leave a Comment