HRMIS portal login online merupakan laman web Human Resource Management Information System.
Semua penjawat awam boleh mengakses HRMIS portal login ini.
Sistem ini digunakan bagi urusan pengurusan data sumber manusia. Ia digunakan secara menyeluruh di semua organisasi serata Malaysia, dan boleh diakses oleh semua penjawat awam.
Sistem ini diwujudkan pada tahun 2005 dan ianya terbukti untuk memudahkan kerja para penjawat serta pentadbir.
Persoalan ramai adalah mengapa sistem ini ditubuhkan. Berikut merupakan antara objektif penubuhan sistem ini,
MENGAPA HRMIS?
- Mengukuhkan mentaliti ke arah dunia tanpa kertas.
- Menyediakan satu platform yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
- Sistem dalam talian yang boleh diakses dengan mudah. Ianya boleh dikemaskini selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa.
- Sistem ini mampu menyelaraskan pentadbiran spesifiknya dari segi pengurusan maklumat.
Mereka yang terlibat dengan sistem ini sudah semestinya digalakkan untuk mendaftarkan diri dibawahnya.
Namun kebelakangan ini, terdapat banyak laman web yang tidak sahih dan merbahaya berlanjutan dengan portal HRMIS. Hal ini membahayakan informasi peribadi individu.
Dengan itu, berikut adalah penerangan lengkap tentang langkah betul dan selamat untuk login HRMIS serta persoalan lazim yang mungkin timbul.
CARA HRMIS PORTAL LOGIN:
- MASUK LAMAN WEB
https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
- MASUKKAN ID SERTA KATA LALUAN YANG BETUL
ID pengguna dan kata laluan perlu dimasukkan pada ruangan yang tertera, kemudian klik hantar.
Jika maklumat dimasukkan dengan betul, page seterusnya akan dimuatkan. Jika ianya salah, anda perlu mencuba sekali lagi.
SOALAN UMUM
LUPA KATA LALUAN:
JIka terlupa kata laluan, anda pelu klik butang set semula. Paparan seterusnya adalah soalan serta langkah yang perlu diikuti untuk memastikan keselamatan individu tidak terkesan.
BOLEHKAH MEMASUKI HRMIS DARI TELEFON:
Boleh. Sistem ini kini boleh diakses menggunakan Google Chrome menggunakan laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/. Aplikasi HRMIS juga boleh dimuat turun dari laman web https://www.eghrmis.gov.my/.
MAKLUMAT LANJUT
- HRMIS dibahagikan kepada dua; HRMIS 1.0 dan 2.0. Pengguna digalakkan menggunakan update baru, HRMIS 2.0 kerana ia lebih mudah untuk digunakan (dapat diangkat oleh pelayar web)
- Boleh memuat turun aplikasi (android & ios) di laman web https://www.eghrmis.gov.my/
- Pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan boleh dilakukan dalam sistem
- Cuti boleh dipohon, dan kelayakan mendapat cuti juga boleh disemak
Sekian, semoga artikel ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh pihak berkaitan.