Hempas Kucing Ke Lantai Sampai M4t1, Si Kej4m Dicari

Sangat tidak berhati perut, za.lim, ke.jam dan tidak berperikemanusiaan. Ini antara kata-kata yang boleh menggambarkan sikap seorang individu melaui aksinya yang dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah premis.

Klip rakaman tersebut memaparkan aksi seorang individu menghempas seekor kucing ke lantai kaki lima sebuah premis.

Hempas Kucing Berulang Kali

Bukan hanya sekali dihempas. Lebih menyayat hati, perlakuan kejam itu dilakukan berulang kali sehingga kucing tersebut tidak bernyawa lagi.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), klip video itu di rakam CCTV sebuah premis perniagaan berhampiran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

Animal Malaysia berkata, menerusi rakaman berdurasi 49 saat itu, kelihatan seekor kucing sedang nyenyak tidur di hadapan sebuah premis.

“Kemudian, seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing tersebut lalu menghempas ke lantai beberapa kali.

“Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku dan merayu mana-mana penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights untuk mengesan pesalah tersebut,” katanya di laman Facebook hari ini.

Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Hotline jen4yah haiwan ditalian WhatsApp 010-5394749 atau ke laman web ANIMAL MALAYSIA.

Susulan daripada perkongsian video itu, rata-rata warga maya mengecam tindakan individu terbabit yang telah mengani4ya haiwan dengan cara yang kej4m dan zalim.

Antara petikan komen mereka adalah, “Za lim, ke jam dan tidak berhati perut, semoga perbuatan individu itu dibalas dengan balasan setimpal,” tulis Mohd Noor JK.

“Apa salah kucing tu sampai mati kucing tu dihempas, dasar manusia tidak ada hati dan perasaan, tunggu balasan selepas ini,”tegas seorang lagi yang bernama Yue Kamariah.

Semoga individu tersebut segera dijumpai dan mendapat huku.man setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : [Kosmo]

Pautan Lain : Temui Aj4l Semasa Berbasikal, Wanita Ini Digilis Lori

Leave a Comment