Hati Ker@s, Lembutkanlah Dengan 5 Cara Ini..

Ketika tubuh badan telah merasa enggan untuk beramal, tatkala hati sudah mula sulit untuk tersentuh, mungkin itu adalah tanda hati kita sudah ker@s. Atau dengan kata lain jiwa kita sedang s@.kit. Jika tahu jiwa telah s@.kit, carilah penawarnya. Apakah penawar yang sangat berkesan melembutkan semula jiwa yang membatu?

[1] Banyakkanlah Membaca Al-quran Dengan Tadabbur

hati

Di antara sebab lembutnya hati adalah dengan membaca Al-Quran. Al-Quran adalah kalamullah, perkataan Allah, Rabb pencipta langit dan bumi, bukan perkataan makhluk. Selain dapat menenangkan jiwa, membaca Al-Quran akan dikurniakan banyak pahala. Bayangkan sahaja, 1 huruf daripada Al-Quran dikurniakan 1 pahala, dan 1 pahala akan dibalas dengan 10 kebaikan. Namun syarat untuk menenangkan hati tidaklah hanya sekadar membaca, tetapi ditadabburi, direnungkan maksudnya sehingga kita dapat mengamalkannya.

[2] Banyakkan Zikir Mengingat Allah

hati

Tidak diragukan lagi, berzikir sememangnya dapat melembutkan jiwa. Kerana dengan mengingat Allah, maka hati pun menjadi tenang. Sebagaimana Allah firmankan dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang artinya, “Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang.”

Zikir adalah suatu amalan yang mudah, cukup menggerakkan lisan dan bibir saja. Sehingga tidak dapat dijadikan alasan untuk tidak mahu berzikir. Termasuk dalam zikir adalah beristighfar, memohon ampunlah dengan hati yang tunduk dan ikhlas. Basahkanlah lidah dengan istighfar, inshaAllah jiwa akan menjadi lembut.

[3] Bersahabat Dengan Kawan Yang Baik Agama Dan Akhlak

hati

Jika seseorang memiliki sahabat yang baik agamanya dan akhlaknya, maka dia akan mendapat kebaikan yang banyak. Seperti yang Nabi contohkan dalam suatu hadis riwayat Al-Bukhari, dimana kawan yang baik diibaratkan sebagai penjual misk (minyak wangi). Boleh jadi dia diberi minyak wangi tersebut, boleh jadi dia membelinya, atau paling tidak pun dia akan mendapat bau yang wangi dengan sebab berdekatan dengan penjual minyak wangi.

Maka, carilah sahabat akrab yang baik agama dan akhlaknya, sehingga ketika sedang futur (m@las, jiwa lem@h), maka ada yang mengingatkan, menasihati dan kembali membawa kita ke dalam majlis-majlis ilmu. Jangan sampai ketika keadaan hati kita melem@h, kita malah menjauhi kawan-kawan yang bersemangat dalam kebaikan.

[4] Kasihilah Anak Kecil

hati

Mengasihi anak kecil dapat melembutkan hati, terutama anak yatim yang masih kecil (yang bapanya sudah meningg@l). Jika keadaan mengizinkan, kita boleh bertemu dan berbual-bual melayan anak-anak yang masih kecil atau menziarahi rumah anak yatim untuk menyantuni dan mengajarkan mereka perkara-perkara kebaikan.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda (yang ertinya), “Sayangilah semua yang ada di bumi, nescaya Zat yang ada di langit akan menyayangi kalian.” (HR. At-Tirmidzi no. 1924 dan HR. Abu Daud no. 4941).

Hadis ini memerintahkan kita untuk menyayangi semua yang ada di bumi, termasuk semua haiwan dan tumbuhan. Sebagai contoh, tidak memberikan beb@n yang berat pada unta/haiwan lain jika kita menaikinya, atau tidak melakukan peneb@ngan hutan yang dapat mer0 sakkan al@m sekitar.

[5] Berdoalah Kepada Allah

hati

Doa adalah senjata seorang mukmin, jangan sampai kita melupakan bahawa urusan bergantung kepada kehendak Allah Ta’ala. Banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar dimudahkan melakukan ibadah ketaatan dan diberikan kelembutan hati, dan dijauhkan dari rasa m@las yang terus menerus sehingga hati menjadi m@.t1. Rasulullah s.a.w mengajar kita sebuah doa agar dihindari daripada rasa malas.

hati

Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal harami, wal bukhl. Wa a’uzu bika min ‘azabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukan di waktu tua, dan sifat bakhil. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari seksa kvbvr serta bencana kehidupan dan kem@tian).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Demikianlah antara cara-cara melembutkan hati yang ker@s, semoga kita senantiasa diberikan kemudahan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala, dan dijauhkan dari hati yang ker.as lagi m@ti. Aamiin.

Rujukan : [1]

Lihat Juga Pautan : 30 Malaikat Berebut Sambut Zikir Ini

Leave a Comment