Cara MUDAH Guna GOOGLE FAMILY LINK

Google Family Link dibuat khas bagi pihak ibu bapa.

Google Family Link boleh dimuat turun ke dalam peranti telefon pintar.

Ramai ibu bapa berasa sukar untuk memantau anak-anak mereka dari segi lokasi, dan had masa mereka bermain telefon.

Aplikasi Google Family Link ini amat membantu dalam menghadkan serta mengenalpasti keberadaan anak-anak dengan beberapa klik sahaja.

Selain itu, ia dilengkapi dengan kemudahan:

  • Membantu dalam meletakkan arahan digital buat anak-anak.
  • Menetapkan limit skrin, pada waktu pagi dan juga malam.
  • Membenarkan atau ‘block’ aplikasi.
  • Mengenalpasti lokasi peranti anak anda dengan sekali klik sahaja.

Untuk mendapatkan akses kepada kemudahan tersebut, ibu bapa perlu membenarkan/’allow’ daripada aplikasi di telefon mereka.

Jadi, jika anak-anak tidak mendapat kebenaran ibu bapa, mereka tidak lagi dapat mengakses peranti atau sesetengah aplikasi.

 

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di ‘PlayStore’ atau ‘GedungPlay’. Install aplikasi di telefon pintar anda dan juga anak anda.

 

Setelah selesai ‘Install’ aplikasi tersebut, anda akan diminta untuk mengesahkan beberapa perkara.

Pada peranti anda, klik pada pilihan ‘Parent’ dan pada peranti anak anda klik pada pilihan ‘Child or teen’.

 

Pada paparan ini, klik pada pilihan ‘I’m ready’.

 

Kemudian, anda akan ditanya jika anak anda mempunyai akaun google yang berakhir dengan ‘@gmail.com’.

Jika ada, klik pada pilihan ‘Yes’, jika tiada, jangan risau. Klik sahaja pada pilihan ‘No’.

 

Jika anak belum ada akaun, anda akan diminta untuk membuat akaun buat mereka dahulu sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.

Pada paparan ini, klik pada pilihan ‘Next’, kemudian masukkan nama, alamat e-mail serta kata laluan baru.

 

Setelah berjaya mendaftarkan e-mail tersebut, telefon mereka akan secara automatik berhubung/bersambung dengan rangkaian untama Google Family Link di telefon anda.

 

Berikut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini.

MENGHADKAN LIMIT SKRIN (SET SCREEN LIMITS)

 

LIHAT LOKASI PERANTI MEREKA (SEE THEIR DEVICE LOCATION)

 

KUNCI PERANTI MEREKA (LOCK THEIR DEVICE)

 

LIHAT REKOMENDASI APLIKASI OLEH GURU (SEE TEACHER-RECOMMENDED APPS)

 

PANTAU APLIKASI YANG BOLEH MEREKA GUNAKAN (MANAGE THE APPS THEY CAN USE)

 

MEMBIMBING MEREKA KEARAH KANDUNGAN YANG LEBIH BAIK (GUIDE THEM TO GOOD CONTENT)

 

(Gambar-gambar yang digunakan hanya sebagai rujukan dan adalah hak milik pemilik asal)

 

Untuk memuat turun aplikasi tersebut, sila klik pada pautan berikut.

DOWNLOAD

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga MODUL PdPR BAGI MURID TAHUN LIMA (5).

Leave a Comment