GARIS PANDUAN Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Norma Baru Versi 2.0

Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 2.0 kini boleh disemak semula.

Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP).

 

Berikut dikongsikan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah (UMUM) daripada modul pengurusan dan pengoperasian sekolah 2.0.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH:

  • Kehadiran guru bergantung dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri serta KPM (berubah dari semasa ke semasa).
  • Kehadiran murid bergantung dengan modul pengoperasian sekolah.
  • Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat untuk mengelakkan kesesakan (lepas mendapat kelulusan pendaftar negeri).
  • Perhimpunan yang melibatkan perkumpulan beramai-ranmai tidak dibenarkan.
  • Aktiviti lain yang melibatkan perhimpunan murid atau guru adalah dibenarkan tetapi mesti mematuhi SOP ketat.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN PRASARANA:

Pentadbir/guru bertanggungjawab perlu…

  • Memastikan semua kawasan serta bangunan sekolah dibersihkan sebelum dan selepas ianya digunakan. Pembersihan berfokuskan permukaan yang kerap disentuh oleh pelajar/guru.
  • Menyediakan pelan atur kedudukan pelajar dalam bilik PdP (mengambil kira penjarakan fizikal, pengudaraan serta pencahayaan, skirting, permaindani dan tikar tidak digunakan bagi murid prasekolah).
  • Pengurus kantin hanya menyediakan makanan berbungkus dan guru/warga sekolah tidak makan di kantin.
  • Memastikan pelajar makan di dalam bilik PdP dan mereka yang makan di dewan makan perlu dimaklumkan kepada guru bertugas.
  • Menyediakan bilik sakit/kesihatan sebagai bilik isolasi murid yang ada kontak rapat/simptom/positif COVID-19 sebelum mendapatkan rawatan.
  • Sediakan pelan lokasi yang akan diletakkan tanda penjarakan fizikal (pelan laluan pergerakan terarah) di lokasi bilik PdP, Kantin, Bilik guru/pejabat dan Lif.
  • Memastikan tong sampah bertutup dan sentiasa bertutup disediakan serta mempamerkan bahan bercetak tentang kebersihan dan keselamatan di lokasi yang strategik (laluan pelajar).
  • Mamastikan sabun disediakan di lokasi berkenaan, seperti di kantin, tandas, surau, dan pensanitasi tangan disediakan di lokasi seperti bilik darjah dan bilik guru.
  • Memastikan tiada orang luar menggunakan premis dalam sekolah.

 

BAHAGIAN KESELAMATAN PELAJAR, GURU DAN WARGA SEKOLAH:

Pentadbir/guru bertanggungjawab perlu…

  • Sentiasa merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkaitan (KPM, KKM, dsbg).
  • Memastikan pelajar, guru dan warga sekolah sentiasa sihat semasa hadir ke sekolah.
  • Memastikan SEMUA pelajar, guru dan warga sekolah sentiasa memakai pelitup separuh muka.
  • Memastikan proses saringan demam atau gejala seperti batuk dan sesak nafas dilakukan kepada pelajar, guru dan warga sekolah setiap harri di pintu masuk sekolah. Mereka yang mempunyai suhu 37.5 darjah dan bergejala tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.
  • Murid yang berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah diberikan masa rehat dahulu sebelum diambil suhu.
  • Melantik guru bertugas untuk: mengawal pergerakan pelajar keluar dan masuk di pintu utama sekolah (tiba dan pulang), mengambil suhu badan pelajar, mengawal pergerakan pelajar pada waktu rehat.
  • Memastikan guru, pelajar dan warga sekolah mematuhi SOP pada setiap masa.
  • Memastikan hebahan siar raya bagi langkah kebersihan dan keselamatan dibuat pada waktu pagi, rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Sentiasa mengingatkan murid untuk mematuhi laluan pergerakan yang disediakan.
  • Memastikan pelajar, guru dan warga sekolah sentiasa mencuci serta mensanitasi tangan. Guru atau Pembantu Pengurusan Murid perlu sentiasa memegang bahan sanitasi tangan dan mensanitasi tangan sebaik sahaja siap memegang bahan bantu belajar.
  • Bagi murid yang bergejala, pelitup separuh muka perlu dibekalkan dan mereka perlu ditempatkan di bilik isolasi sementara menunggu ibu bapa menjemput mereka.
  • Memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Saringan Minda Sihat secara berkala dalam norma baharu di sekolah.
  • Pihak luar yang bukan warga KPM tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah.
  • Memastikan kedua belah interaksi yang berlaku antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa memakai pelitup separuh muka.
  • Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha kantin, dan pembekal makanan bermasak di asrama.

 

Untuk memuat turun MODUL GARIS PANDAUN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH, sila klik pautan di bawah.

DOWNLOAD

 

Sekian, itu sahaja perkongsian umum bagi GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 2.0. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga KOLEKSI BAGI RPT SEKOLAH RENDAH TAHUN 3 2021.

Leave a Comment