Galak Guna Ramuan Ahli Sihir | Menteri Kesihatan Dipecat

Di dunia ini, ada manusia yang setinggi mana pun pengajiannya ataupun setinggi mana pun jawatannya pasti ada lagi yang mempercayai dan mengamalkan perkara khurafat dan tahyul dalam hidupnya. Baik dari negara mana mahupun bangsa serta agama apa pun pasti adanya golongan yang sebegini.

Terkini dilaporkan di The Hindu, Menteri Kesihatan Sri Lanka dipecat kerana menggalakkan penggunaan ramuan sihir dan jampi dalam usaha meme rangi Covid-19. Presiden Sri Lanka melu cutkan Pavithra Wanniarachchi daripada jawatan Menteri Kesihatan tersebut ketika jumlah jang k1tan dan kema t1an akibat pande mik itu terus melonjak ke tahap tertinggi.

ramuan

[Pautan Lain : Tun M Tidak Berniat Jadi PM Ke-3 | Peluang Anwar Tipis]

Menurut pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa, portfolio kesihatan Pavithra Wanniarachchi kemudiannya diberikan kepada Menteri Media, Keheliya Rambukwella yang juga jurucakap keraj aan. Pada Januari lepas Pavithra dira wat di unit rawa tan rapi kerana dijang kiti virus Covid-19 walaupun sudah meminum ramuan air jampi yang dibuat oleh ahli sihir untuk mela wan Covid-19.

ramuan

Ramuan Air JampiĀ 

Ramuan air jampi yang diperbuat daripada bahan antaranya madu dan buah pala itu dicipta oleh ahli sihir berdasarkan resipi yang diberikan melalui mimpinya. Ramuan air jampi ini kemudiannya diluluskan oleh Pavithra sebagai rawa tan Covid-19 semasa memegang jawatan Menteri Kesihatan.

Pavithra juga telah menuang sebotol air jampi ke dalam sungai pada November lepas setelah seorang lelaki yang mengaku dirinya kiriman tuhan memberitahu tindakan tersebut akan menamatkan pande mik di Sri Lanka yang mempunyai 21 juta penduduk itu.

ramuan

Para doktor di negara tersebut telah menolak dakwaan keberkesanan fungsi air jampi tersebut namun ribuan rakyatnya tetap pergi ke sebuah kampung bagi mendapatkannya.

Kementerian kesihatan Sri Lanka semasa masih di bawah Pavithra Wanniarachchi dikri tik hebat minggu lepas kerana didakwa mengambil ringan jang kitan virus Covid-19.

Bagaimanapun, beliau masih kekal berada di dalam kabinet dengan jawatan baharu di kementerian pengangkutan yang dianggap kurang penting.

ramuan

Jumlah jang kitan harian melepasi angka 3,000 di negara tersebut. Pihak hos pital masih berge lut menangani masalah tersebut. Dalam pada itu, pekerja kesihatan pemerintah sendiri berkata bahawa kemungkinan jumlah jang kitan sebenarnya 3 kali ganda lebih tinggi.

Meskipun begitu, kerajaan Sri Lanka setakat ini masih menolak langkah ‘lockdown‘ di negara tersebut bagi mengekang peningkatan kes. Namun, pada minggu lepas sekatan telah diketatkan.

Apa yang bermain di dalam minda bekas menteri kesihatan Sri Lanka tidak dapat diketahui secara jelas. Mungkin kerana terdesak mahukan pande mik berakhir segera sehingga terlupa untuk mengkaji secara saintifik isi kandungan ramuan air jampi tersebut ataupun pelbagai andaian lain boleh dibuat.

Tidak dinafikan madu dan buah pala mempunyai manfaat kesihatan yang lain namun bagi meluluskan ramuan tersebut sebagai penawar Covid-19 adalah tidak bijak apa lagi sebagai seorang menteri kesihatan. Apa pun wabak Covid-19 segera hilang dari dunia ini.

Sumber : [SCMP] [The Hindu]

Lihat Pautan : Banjir Kilat Kedah, Warga Emas Men1ng gal

Leave a Comment