Cerita 2 Gadis Penggembala Cerdas Dari Madyan Yang Bertemu Nabi Musa

Dua orang wanita ini merupakan antara watak remaja yang ada dirakam di dalam alQuran. Siapakah mereka? Nama mereka langsung tidak dinyatakan oleh Allah sama sekali di dalam alQuran kerana apa yang penting adalah keperibadian mereka. Mereka adalah 2 orang gadis penggembala di negeri Madyan yang mana salah seorang daripada mereka menjadi isteri Nabi Musa.

gadis

Kisah kedua gadis ini telah dirakamkan di dalam surah alQasas, mari kita soroti bersama :
” Dan semasa menuju ke Madyan, Nabi Musa berdoa : Mudah-mudahan Tuhan menunjukkan aku jalan yang benar.” (Surah alQasas 28:22)

Nabi Musa lari daripada ser@ngan orang-orang K0ptik Mesir pada ketika itu dan sampai di Madyan setelah berhari-hari perjalanan. Ketika sampai di kota Madyan, dia duduk di akar sebuah pohon untuk berehat. Dia melihat ramai orang sedang beratur di sebuah telaga air untuk memberi minuman kepada ternakan mereka.

gadis

Dalam ramai-ramai orang, baginda melihat ada dua orang g@dis perempuan sedang menahan ternakan mereka.

Lalu baginda pun bertanya, ” Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab, ” Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala lain beredar. Bapa kami sudah tua.” (Surah al-Qasas 28 : 33)

Baginda kemudiannya berusaha mendapatkan minuman untuk ternakan yang dibawa oleh g@dis-g@dis tersebut. Sesudah itu, baginda kembali duduk di satu tempat yang teduh dan berdoa, ” Tuhanku, aku sangat berharap apa sahaja rezeki yang Engkau boleh berikan kepadaku.” (Surah alQasas 28: 24)

Salah seorang daripada g@dis tadi datang dengan jalan tersipu-sipu kerana malu ke arah Nabi Musa. Dia berkata, ” Bapa menjemputmu untuk memblas budimu kerana memberi minum ternakan kami.”

Ketika Nabi Musa bertemu bapa mereka, baginda pun menceritakan tentang kejadian-kejadian yang menimpa dirinya. Lalu si bapa itu berkata, ” Janganlah engkau bimbang lagi. Engkau telah selamat dari pvak z@lim itu.” (surah alQasas 28:25)

G@dis itu pun bercakap dengan bapanya yang sudah tua, “Wahai ayah, upahlah dia sebagai pekerja. Sudah tentu orang yang paling baik ayah sepatutnya ambil bekerja adalah orang yang ku@t lagi amanah.” (surah alQasas 28 : 26)

Lelaki itu pun berkata kepada Nabi Musa, ” Aku teringin mengahwinkanmu dengan salah seorang daripada anak gadisku, dnegan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun.” (surah alQasas 28 : 28)

Ciri-ciri Gadis-Gadis Penggembala

gadis

Daripada kisah yang disebutkan oleh alquran tentang dua g@dis ini dapat disimpulkan bahawa kedua gadis tersebut adalah cerdas juga cergas. Berfikiran ke hadapan serta boleh memberi idea yang bernas. Namun, dalam masa yang sama masih mengekalkan fitrah kewanitaan mempunyai sifat malu. Gadis tersebut juga bijak mengambil peluang tanpa melakukan sikap yang tidak sen0n0h, sehingga akhirnya bersuamikan seorang Nabi yang mulia.

Nabi Musa seorang yang hebat. Benarlah kata-kata orang, di sebalik lelaki yang berjaya ada seorang perempuan di belakangnya. Perempuan yang ada di belakang Nabi Musa pula ialah ibunya, kakak serta isterinya.

Semoga kisah ini memberi pengajar@n bernilai kepada par@ gadis muslim@h. Kekalkanlah fitrah malu namun tidak ditipu dengan sifat malu itu sendiri, bijak serta mampu mengeluarkan idea bernas, berbakti kepada ibu ayah yang telah tua.

BACA JUGA : KISAH KAKAK NABI MUSA YANG LINCAH DAN BIJAK

Sumber : Telaga Biru

Leave a Comment