Gadis Cina Bukan Islam Gemar Bertudung

Tudung merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Seiring dengan perkembangan fesyen, gaya pemakaian tudung ini semakin menarik minat masyarakat bukan muslim di negara ini. Antaranya adalah seorang gadis Cina bernama Jia Qingg.

Gadis Cina Suka TudungĀ 

Melalui perkongsiannya di Twitter, beliau mengakui gemar bahkan beliau sering kelihatan memakai tudung untuk ke mana-mana jua.

gadis cina

Beliau menulis, “Saya orang Cina, saya suka berhijab (bertudung),” Perkongsian beliau meraih perhatian ramai.

gadis cina

Ramai juga yang bertanya kenapa beliau suka bertudung. Menurut Jia Qing, ramai antara rakannya terdiri daripada orang Melayu dan beliau tertarik melihat mereka bertudung. Malahan, gadis itu mengaku berasa tenang apabila mengenakan hijab.

gadis cina

Tidak hanya mendapat pertanyaan, bahkan rakan bangsa Cina lain juga tertarik dengan perkongsian beliau.

gadis cina

Rupanya ada antara mereka juga yang walaupun bukan beragama Islam tetapi suka bertudung dan berkongsi gambar bertudung.

gadis cina

Lebih mengujakan apabila ada antara mereka yang bertudung namun telah mengambil langkah memperdalami agama Islam dan menganut Islam.

Ramai Mendoakan Jia Qing

Ramai mendoakan Jia Qing agar mendapat petunjuk. Perkongsian foto ini telah dilakukan sejak 2 tahun lepas pada 20 Oktober 2019, namun, ini sangat menarik perhatian dan menginspirasi ramai pihak untuk lebih memperbaiki diri.

gadis cina

Bahkan, Mufti Pahang dalam satu kenyataan juga pernah menyeru agar wanita Islam yang belum berhijab mencontohi gadis Cina tersebut. Perkembangan terkini gadis Cina itu tidak diketahui. Apa pun semoga beliau sentiasa sihat dan dalam usaha memperbaiki diri serta semakin dekat kepada fitrah sebenar bertuhan.

Sumber : [Vitdaily] [Info Rakyat]

Pautan Lain : Kes Bayi Tertukar, Wanita Dapat Pampasan RM2.2 Juta

Leave a Comment