KOLEKSI Fail Rekod Persediaan Mengajar TERBAIK

Fail rekod persediaan mengajar penting bagi para guru untuk memulakan sesi persekolahan.

Fail rekod persediaan mengajar ini dapat memastikan kelancaran PdP dalam kelas (dalam talian/bersemuka).

Bagi memulakan semester yang baru, guru-guru perlulah bersedia dengan RPH atau Buku Rekod Mengajar mereka. Fail ini digunakan bagi memastikan guru sentiasa peka terhadap aspek penting dalam tugas mereka seperti visi serta misi yang perlu mereka capai dan rancangan pengajaran yang perlu mereka laksanakan.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana RPH merupakan pilihan utama para guru, kini penggunaan fail Rekod Persediaan Mengajar lebih kerap digunakan kerana ia mempunyai format yang lebih kemas, mudah dan senang difahami.

Ini disokong lagi dengan kenyataan daripada pekeliling yang menyatakan bahawa Rekod PdP boleh dibuat dalam apa-apa bentuk yang sesuai.

Selaras dengan itu, banyak contoh Fail Rekod Persediaan Mengajar telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Kandungan (umum) fail tersebut termasuklah muka depan (nama, IC, dsbg termasuk biodata guru), Rukun Negara, Visi dan Misi KPM, FPK, jadual waktu kelas serta persendirian, takwim KPM, takwim sekolah, Rancangan Pengajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Tahunan, Senarai nama murid, Rekod Prestasi Murid, Pembahagi Mingguan (termasuk cuti), PLC, rekod seminar dan kursus, catatan serta apa-apa aspek yang relevan dengan tugas dan tanggungjawab guru.

Berikut dikongsikan KOLEKSI bagi Fail Rekod Persediaan Mengajar yang boleh dirujuk dan dimuat turun oleh para pendidik.

 

KOLEKSI FRPM (Rekod Persediaan Mengajar)

 

Cr: Koleksi Ticer Fiza (Telegram)

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan oleh para guru serta semua pihak yang terlibat.

 

 

Lihat juga koleksi RPT Tahun 1 & Tahun 5 bagi Tahun 2021.

RPT TAHUN 1

RPT TAHUN 5

 

 

Leave a Comment