Fail Kurikulum Panitia 2021 kini boleh dirujuk.
Fail Kurikulum Panitia boleh diakses secara dalam talian.
Bagi memastikan perancangan, pengurusan serta pelaksanaan kurikulum sekolah berjalan dengan lancar, badan terlibat, iaitu Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu melakukan tugas mereka dengan sempurna.
Bahan yang amat membantu dalam memudahkan kelancaran sistem ini adalah penggunaan Fail Kurikulum Panitia.
Berikut merupakan antara objektif sitem tersebut.
PANITIA MATA PELAJARAN:
- Panitia ini merupakan satu badan ikhtisas yang dianggotai oleh oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam sesebuah sekolah (Contoh: Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, dsbg).
- Badan ini akan dikendalikan serta diurus oleh seorang guru kanan yang telah dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua sekolah sebagai Ketua Panitia.
TUJUAN PANITIA:
Berdasarkan SPI Bil. 4/1986, panitia..
- Membantu dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu p-p.
- Berusaha serta berikhtihar untuk memperoleh strategi strategi pengajaran yang inovatif dan bermotivasi kepada pembelajaran para pelajar.
- Membantu pelajar memperbaiki prestasi mereka dalam dalam peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran/subjek berkenaan berpandukan sasaran yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
- Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan panitia persatuan atau kelab akademik.
PERANAN PANITIA:
- Sukatan pelajaran
- Kewangan
- Buku stok
- Rancangan pelajaran
- Bilik khas
- Buku teks
- Buku rujukan
- Urusan memfail
- Mesyuarat panitia
- Alat bantu mengajar
- Program akademik
- Perkembangan staf
- Peperiksaan dan penilaian
CONTOH Templat FAIL PENGURUSAN KURIKULUM bagi Tahun 2021
(Cr: Lyne Aziz (Facebook))
MUKA DEPAN FAIL
MUKA DEPAN CARTA ORGANISASI FAIL
CARTA ORGANISASI FAIL
SENARAI AHLI JAWATANKUASA DALAM FAIL
Untuk memuat turun templat ini, sila klik pada pautan berikut:
MUAT TURUN FILE KURIKULUM PANITIA 2021
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga Panduan Untuk Tambah Mata Kredit Guru menggunakan SPLKPM.
PANDUAN MATA KREDIT GURU SPLKPM