epangkat ONLINE boleh diakses secara dalam talian.
epangkat ONLINE adalah sistem di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sistem ini digunakan khas untuk menyemak kenaikan pangkat para pendidik.
Portal ini boleh diakses menggunakan peranti seperti telefon pintar, komputer peribadi serta laptop.
Berikut merupakan Login dan Semakan Kenaikan Pangkat menggunakan epangkat ONLINE.
CARA DAFTAR epangkat:
Pertama sekali, anda perlu melayari laman web rasmi epangkat.
https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Berikut merupakan paparan seterusnya.
Klik pada pilihan ‘Belum Berdaftar ?’ di bahagian bawah LOG MASUK.
Anda kemudiannya akan dibawa ke paparan berikut, atau pautan https://epangkat.moe.gov.my/firsttimelogin.php
Masukkan maklumat yang diperlukan. Nombor Kad Pengenalan dimasukkan tanpa jarak atau tanda (-). Alamat Emel yang dimasukkan perlulah aktif dan milik sendiri.
Setelah selesai memasukkan maklumat, klik pada butang ‘Hantar’.
CARA LOG MASUK epangkat:
Masuk ke paparan utama laman web atau https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan jarak serta Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
RESET/LUPA KATA LALUAN epangkat:
Klik pada pilihan ‘Lupa Kata Laluan ?’ di bahagian bawah LOG MASUK.
Berikut merupakan paparan seterusnya, atau pautan https://epangkat.moe.gov.my/lupakatalaluan.php
Masukkan maklumat yang diperlukan. Pastikan alamat Emel adalah aktif dan milik sendiri. Kemudian, klik pasa pilihan ‘Reset Kata Laluan’.
Bagi KETUA JABATAN yang ingin reset semula Kata Laluan, mereka perlu menghantar e-mel permohonan reset kata laluan kepada urus setia di Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian.
Emel tersebut perlulah mengandungi:
- Tajuk pada emel: Permohonan Mereset Kata Laluan
- Nama Ketua Jabatan
- Nombor Kad Pengenalan Ketua Jabatan
- Jawatan Ketua Jabatan
- Gred Jawatan Ketua Jabatan
- Tempat Bertugas
- Penjelasan mengapa permohonan dibuat
- Nombor telefon untuk dihubungi sekiranya perlu
Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Lihat juga eOperasi Modul Pengurusan Guru Log Masuk.