Elaun Sara Hidup RM300: Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Elaun Sara Hidup RM300: Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Elaun Sara Hidup RM300

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

Elaun Sara Hidup RM300 Nelayan (ESHN)

ESHN adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan ESHN

Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

Syarat Kelayakan Permohonan Elaun Sara Hidup RM300

  • Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
  • Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
  • Mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK, JPKK, JPKKP, MPKK,JKOA atau ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan dibawah penyeliaan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  • Ketua isi rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  • Nelayan darat tulen.

BACA JUGA : Bayaran E-Dompet Rm200

  • Definisi Nelayan Darat Tulen

Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan terlibat dalam penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
  • Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
  • Sekurang-kurangnya 75% jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
  • Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
  • Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari AADK
  • Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
  • Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

Cara Membuat Permohonan Elaun Sara Hidup RM300

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan

Dokumen Berkaitan:

  • Salinan MyKad
  • Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
  • Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
  • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
  • Gambar pemohon
  • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ESHN boleh melayari laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Sumber dan rujukan : mysemakanonline.com

 

 

 

Leave a Comment