Baca Label, Elakkan Membeli Produk Penjagaan Kulit Yang Ada Bahan Berbahaya Ini

Memilih produk penjagaan kulit tidak semudah memilih makanan apa yang kita hendak makan. Kita mesti melihat senarai bahan yang digunakan di dalam produk tersebut. Bukan semua orang juga pandai membaca atau memahami bahan yang digunakan kerana kebanyakan produk akan menulis nama saintifik atau nama kimia sesuatu bahan itu.

Produk Penjagaan Kulit
Gambar Hiasan

[BACA : BEKAS PESAKIT COVID TIDAK PERLU TUNGGU 3 BULAN UNTUK SUNTIK VAKSIN]

Ketahui Jenis Kulit Anda

Menurut ahli dermatologi Michele Green, jenis kulit adalah faktor utama untuk menentukan apa produk yang hendak kita gunakan. Mereka yang mempunyai kulit sensitif serta senang berjerawat perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk.Menurut beliau lagi sebenarnya, kulit jenis berminyak sesuai dengan banyak jenis produk penjagaan kulit yang kurang sesuai digunakan oleh kulit jenis-jenis lain.

Menurut Dr Green, berikut adalah bahan yang dicadangkan untuk jenis kulit yang berbeza;

Kulit Berminyak : Lihat produk yang mengandungi bahan Alpha Hidroxy Acid (glycolic acid atau salicylic acid), benzoyl peroxide dan hyaluronic asid. Bahan-bahan ini efektif dalam mengawal penghasilan minyak (sebum) berlebihan manakala hyaluronic acid akan menghasilkan kelembapan hanya di tempat yang diperlukan.

Kulit Kering : Lihat produk yang mengadungi Shea Butter dan Lactic Acid. “Bahan ini memberikan kelembapan dan sedikit pengelupasan untuk mengekalkan kulit yang bersinar”.

Kulit Sensitif : Lihat produk yang mengandungi aloe vera, oatmeal, dan sha butter. Ianya pelembap yang bagus dan biasanya tidak akan merosakkan kulit.”

Jika anda tidak pasti jenis kulit anda, berjumpalah dengan pakar kulit. Sangat berbaloi untuk anda lebih senang memilih produk yang sesuai serta menjimatkan wang anda jika terbeli produk yang salah.

Jangan Beli Kerana Ilustrasi Pek Produk

Produk Penjagaan Kulit

Cara pembungkusan dan populariti sesuatu produk biasanya membuat kita terperangkap dan membuatkan kita tidak fikir-fikir lagi untuk membeli. Jangan terpedaya dengan cantiknya kulit ‘influencer’ atau selebriti yang mempromosi produk tertentu. Mungkin jenis kulit mereka sesuai dengan produk tersebut.

Beberapa tahun lepas produk terkenal seperti St. Ives Apricot Scrub dan beberapa jenis krim Mario Badescu menghadapi tindakan undang-undang daripada pengguna yang mengalami masalah kulit yang serius dan teruk. Tetapi jika anda masih ada produk ini jangan risau, masih boleh gunakannya jika kulit anda sesuai.

Semaklah betul-betul senarai bahan, cara inilah yang terbaik walaupun banyak maklumbalas yang positif dan artis kesayangan anda juga menggunakan produk tersebut.

Bahan-Bahan Yang Bagus Dalam Produk Penjagaan Kulit

Glycerin adalah bahan asas pelembap. Ceramides dan asid hyaluronic yang merupakan agen pelembap penting yang biasanya ada pada kulit. Lebih baik jika asid hyaluronic dalam bentuk serum dan glycerin serta ceramides dalam bentuk losyen dan krim.

L-Ascorbic acid (Vitamin C) merupakan antioksidan dan mengelakkan kulit rosak akibat sinar UV dan merangsang penghasilan kolagen.

Tocopherol (Vitamin E) pula berfungsi sama seperti Vitamin C. Adalah lebih baik jika produk tersebut mengandungi Tocopherol dan L-Ascorbic acid.

Retinol adalah bahan penting jika anda mencari produk penjagaan kulit untuk kegunaan pada malam hari. Ia berfungsi memperbaharui sel-sel kulit dan merangsang kolagen.

Niacinamide (Vitamin B3) baik untuk mengawal minyak dan melembapkan kulit dan meratakan tona warna kulit.

Elakkan Produk Yang Ada Bahan Ini

Produk Penjagaan Kulit

Fragrance/pewangi – Menyebabkan alergi dan radang kulit. Ia berbahaya untuk kulit sensitif.

Sulfates– Agen pembersih yang selalu ada di dalam sabun mandi dan shampu. Ia akan menghakis rambut dan minyak semulajadi di dalam kulit dan boleh menyebabkan radang.

Paraben – Biasanya digunakan sebagai pengawet kimia untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Ia akan membahayakan pengguna dalam jangka masa yang panjang dengan mengganggu keseimbangan hormon. Ianya berbahaya kepada kanak-kanak dan mereka yang berisiko kanser payudara.

Formaldehyde and pembebas formaldehyde – Bertindak sebagai pengawet, ia sudah jarang dijumpai di dalam produk kerana ia adalah agen kanser. Tetapi berhati-hati kerana selalunya ditukar dengan nama berbeza seperti quanterium-15, DMDM hydantoin, diazolinge urea, imidazolidinge urea. Ia tidak semestinya berbahaya tetapi lebih baik berwaspada.

Produk Natural /Organik Tidak Semestinya Bagus

Produk Penjagaan Kulit

Mungkin ramai yang suka produk yang berasaskan semulajadi namun ia tidak semestinya selamat. Contohnya, ‘poison ivy adalah minyak semulajadi namun tidak sesuai dilumur di seluruh wajah.

Nama semulajadi atau organik pada label produk kadang-kadang cumalah trik pemasaran sahaja. Ada juga yang melabel suatu produk sebagai natural walhal cuma 1 atau 2 bahan sahaja di dalam produk tersebut adalah natural.

Perhatikan Susunan Bahan Dalam Label

Produk Penjagaan Kulit

Apabila anda sudah mengetahui bahan apakah yang anda perlukan atau perlu elakkan perhatikan pula susunan bahan tersebut di dalam senarai kandungan bahan. Lihat 5 bahan pertama kerana bahan ini menyumbang 80% daripada keseluruhan produk.

Susunan kandungan bahan biasanya dilakukan daripada kepekatan tinggi hingga rendah. Jika ada bahan yang perlu dielakkan pada susunan 5 pertama, elaklah daripada membeli. Sama juga apabila bahan yang anda perlukan tidak ada dalam senarai 5 pertama, jangan beli.

Sebelum Membeli Semak Produk Itu Melalui Online

Dua pengkalan data online untuk menyemak bahan dan produk adalah : EWG’s Skin Deep dan CosDNA.

Produk Penjagaan Kulit

EWG Skin Deep – Laman penyelidikan ilmiah dan pendidikan tentang isu alamsekitar serta kesihatan manusia. Dalam pengkalan data Skin Deep, produk penjagaan kulit diberi markah dan skor melalui pelbagai faktor iaitu daripada pengilangan hingga ke potensi kebahayaan produk tersebut kepada kesihatan.

Produk Penjagaan Kulit

CosDNA – Memperincikan lebih mendalam tentang bahan dalam sesuatu produk.

Lakukan ‘Patch Test’

Produk Penjagaan Kulit

Ujian ini menentukan suatu produk menyebabkan reaksi alergi radang atau menyumbat liang pori. Ujian ini memakan masa tetapi boleh menjimatkan wang anda dan anda juga tidak menyesal akhirnya.

Pada masa ini, bukan perempuan sahaja yang mementingkan kecantikan kulit, kini lelaki juga ramai yang mengambil berat tentang hal kulit mereka. Jadi kongsikanlah artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Sumber : [1] [2]

Leave a Comment