MOE eGTukar KPM : Maklumat penting yang wajib perlu tahu bagi pemohon egtukar 2021

eGTukar KPM merupakan portal permohonan pertukaran guru.

eGTukar KPM dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikutan dengan permulaan tahun yang baru, permohonan eGTukar KPM dibuka semula.

Bagi mereka yang ingin memohon, disini deisertakan beberapa maklumat PENTING yang harus anda tahu berkaitan dengan sistem ini.

 

  1. Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?
  • Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    1. Kepentingan perkhidmatan
    2. Kekosongan jawatan
    3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui modul EG-Tukar?
  • Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
  • Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
    • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
  1. Mengapakah saya gagal dalam permohonan pertukaran?
  • Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut: a. Kepentingan perkhidmatan
    1. Kekosongan jawatan
    2. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Bilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan?
  • Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
  1. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
  • Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

 

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN EGTUKAR SECARA MANUAL:

  • Guru Cemerlang Institusi (KM, ELTC, IAB): Perlu melakukan permohonan secara MANUAL kemudian dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan.
  • Pentadbir Secara Hakiki: Perlu melakukan permohonan secara MANUAL dengan MENGISI BORANG dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang terlibat.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN eGTukar KPM:

RAYUAN PERTUKARAN GURU?

  • Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan adalah muktamad. Permohonan rayuan yang lulus juga tidak dibernarkan untuk dibatalkan.

GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

  • Guru yang sedang bercuti tanpa atau separuh gaji.
  • DG42 sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku dan belum dinaikkan pangkat.
  • Sedang mengikuti kursus atau sedang cuti belajar.
  • Guru interim (mengikuti kursus dalam cuti).
  • Guru yang dikenakan / dalam proses tindakan tatatertib.

TARIKH PERMOHONAN SESI JAN 2021 DAN JUN 2021?

  • Tarikh permohonan dibuka adalah pada 15 Februari 2021, dan tarikh permohonan ditutup adalah pada 28 Mac 2021.

 

Untuk membuat atau menyemak permohonan, sila layari laman web eGTukar berikut.

https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

 

Sekian, semoga perkongsian eGTukar KPM kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

 

Lihat juga PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 TS25.

 

Leave a Comment