Dr. Maryam Al-Batul | Dari Mary Jardin Ke Jardin Pharma

Jardin Pharma merupakan sebuah syarikat eko farmaseutikal halal pegangan bumiputera yang diasaskan oleh seorang wanita. Wanita ini merupakan seorang tokoh usahawan sebelum ini telah mengasaskan syarikat produk kosmetik halal tempatan berasaskan sumber alam semulajadi, Mary Jardin pada tahun 2016 dengan produk pertamanya iaitu Basic Set yang terdiri daripada Facial Soap, Face Oil dan Detox Clay Mask. Setelah itu, pelbagai rangkaian produk lain terhasil di bawah jenama Mary Jardin.

Jardin pharma

Nama Mary Jardin, diilhamkan daripada nama wanita ini yang merupakan pengasasnya iaitu Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin. Perkataan Mary adalah dari nama Maryam sendiri dan perkataan Jardin pula dari bahasa Perancis yang bermaksud ‘Taman’.

Jardin pharma

Beliau merupakan seorang doktor ‘Top Scorer’ berkelulusan daripada universiti UIAM Kuantan, yang pernah bertugas sebagai HO (Doktor Pelatih) dan MO (Pegawai Perubatan) di Hospital Sg. Buloh selama 3 tahun (setahun berada dalam unit Dermatologi).

Kemudian, menjadi MO di sebuah klinik kesihatan di Bandar Kuala Krai, Kelantan selama 2 tahun sebelum berhenti dan menumpukan sepenuh fokus untuk membangunkan Mary Jardin.

Produk ini pernah mencatat rekod jualan 1 juta dalam masa sehari semasa #MJReborn! Mary Jardin kini telah mempunyai lebih dari 5000 orang agen dari Malaysia, Riyadh, Korea, Australia, Turki dan Madinah.

Mary Jardin Hingga Ke Jardin Pharma

Jardin pharma

Jardin Pharma juga diasaskan oleh Dr. Maryam Aziz. Bermula dari jenama Mary Jardin dan jenama produk penjagaan kulit bayi iaitu Honey & Olive Baby, Dr. Maryam melebarkan potensi membina reputasi sebagai perintis produk kecantikan dengan kepakaran, inovasi dan semangat keusahawanan bersama pasukannya.

Jardin Pharma adalah hasil kerja keras berpasukan dari penyelidikan dan penemuan yang mengambil masa beberapa tahun untuk disempurnakan. Usaha ini amat membanggakan apabila mereka berjaya menggabungkan bahan dari khazanah sumber alam semulajadi dan sains, bagi menghasilkan produk farmaseutikal yang novel dan bermutu tinggi. Peluang ini bakal meletakkan Jardin Pharma sebagai peneraju ubat-ubatan ‘eco-farmaseutikal’ berstatus halal di Malaysia.

Peneraju bersama Jardin Pharma adalah En. Rahman Baco dan Prof. Azizi Ayob yang berpengalaman luas dalam industri farmaseutikal di Malaysia & Asia Tenggara. En. Rahman Baco merupakan seorang ahli farmasi berdaftar dan penulis buku ‘Halalkah Ubat Anda’.

Jardin pharma

Beliau adalah seorang pakar dalam ubat-ubatan halal, serta berpengalaman luas sewaktu bekerja di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Penguatkuasaan Farmasi. Manakala Prof. Azizi Ayob pula adalah seorang profesor farmakologi dan juga perunding perniagaan penjagaan kesihatan yang menawarkan kepakaran beliau melalui ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn Bhd. Beliau berpengalaman luas dalam industri farmaseutikal, sebagai juruaudit dan juga perunding syarikat farmaseutikal di dalam dan luar negara.

Dana 3 Juta Dalam Sebulan

Syarikat eko farmaseutikal Halal pegangan bumiputera, Jardin Pharma baru sahaja mengumumkan kejayaan mengumpulkan dana RM3 juta dari 75 pelabur individu selepas sebulan pusingan Co-Founder (Series A) dibuka. Co-Founder (Series A) ini adalah pusingan dana kedua selepas Jardin Pharma menerima pelaburan dari ABA Healthcare Business & Consultancy dalam Seed Round.

Jardin pharma

Masuk Pasaran Januari 2022

Dana terkumpul tersebut bakal digunakan untuk mengeluarkan 3 suplemen kesihatan dengan teknologi farmaseutikal yang baharu di Malaysia. Produk keluaran Jardin Pharma dijadualkan memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2022.

Aplikasi Herbitus

Jardin pharma

Jardin Pharma kini dalam persiapan terakhir sebelum membuka pusingan Co-Founder Round (Series B) dengan sasaran dana RM 5 juta. Dana terkumpul dalam pusingan ke-3 tersebut akan digunakan untuk membangunkan aplikasi mobil Herbitus, iaitu satu platform farmasi dan klinik atas talian yang boleh disertai oleh semua klinik dan farmasi berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jardin pharma

Bagi sesiapa yang mencari peluang menjadi rakan kongsi bolehlah menghubungi mereka di akaun facebook Jardin Pharma Berhad. Semoga rangkaian produk farmaseutikal halal ini terus berkembang maju di negara kita dan memasuki pasaran antarabangsa.

Sumber : [ByNR] [Majalah Labur] [Jardin Pharma]

Lihat Juga Pautan : Doktor Wanita Hebat Di Zaman Keemasan Islam

Leave a Comment