Damaikanlah Insan-Insan Yang Berju.@ng Untuk Ummah Ini Ya Allah

Kehangatan kisah di antara beberapa insan-insan yang berju.@ng untuk ummah ini nampaknya belum lagi ke penghujungnya. Sedangkan, semakin hari, ramai musuh bertepuk tangan meraikan pertelingkahan yang terjadi antara para pengomentar yang tidak bertanggungjawab serta insan-insan yang berusaha dengan daya tenaga mereka membela nasib ummah.

Bagaimanakah hati anda seorang muslim rela mengapi-apikan sesama saudara muslim? Sedih, memang menghancurkan jiwa melihat tulisan-tulisan netizen yang begitu emosional di media sosial. Beginikah kita diajar oleh Nabi s.a.w yang akhlaknya begitu agung, memberi hadiah kepada musuhnya apabila disakiti. Jauhnya adab kita dari Rasulullah.

Kita sedang diuji, mereka juga sedang diuji.

Ingatlah kata-kata nabi ini betul-betul,

“Pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampunkan segala dosa mereka yang tidak pernah syirik melainkan dua manusia yang berselisih faham lalu dikatakan kepada mereka: Lihatlah kepada dua insan ini dan tangguhkan keampunan terhadap mereka sehingga mereka berdamai.” (Riwayat Muslim)

Ini merupakan harapan seorang pensyarah Abdul Muein Abadi kepada mereka ;

ummah
Abdul Muein Abadi

Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dib0m rej1m penj@j@h. Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah. Firdaus Wong berkali-kali diugut bv.nvh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dij@j@h dan diper.@ng1. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ek3trem13.

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api permvsvhan dan kebenc1@n ditiup dengan kencang hingga ke tahap mel@ga-l@gakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan, bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penj@. jah terus berkuasa memb@n.tai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa ruginya kita berpe. c@h dan berteling k@h dalam keadaan saat ini wilayah kita ditvntvt kvasa besar China dan Filipina di PBB.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:

“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;

Janganlah mencari-cari isu;

Janganlah mencari-cari kesalahan;

Janganlah saling bersaing (dengan buruk);

Janganlah saling dengki-mendengki;

Janganlah saling memarahi; dan

Janganlah saling memusuhi!

Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”

[Hadis riwayat Muslim]

Damaikanlah insan-insan pejuang ummah ini ya Allah. Leraikanlah kekusutan yang ada di antara mereka dan bersihkanlah jiwa-jiwa kami semua daripada titik-titik hitam. Aamiin.

Sumber : Facebook Abdul Muein Abadi

Lihat Pautan : TPM Minta KKM Senaraikan Nama Anak Yatim Untuk Dibantu

Leave a Comment