Dalam Perjalanan Hendak Melawat Ibu, AJ4l Menyapa Dulu

Hajat hendak menziarahi ibu tidak kesampaian, Allahyarhamah Nurshahyda Mohd Zaki, 29 men1nggal dunia di dalam perjalanan setelah terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 380.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Ajil-Bukit Besi, Kuala Berang, Terengganu pada jam 10.15 pagi.
Dalam kejadian itu, Allahyarhamah cede.ra parah di kepala akibat kereta mereka dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Estima yang hilang kawalan dan dipandu dari arah Kuala Terengganu menghala ke Bukit Besi.

Bayi 5 Bulan Terselamat

Suaminya yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya berusia 5 bulan tidak mengalami sebarang kecede.raan. Mereka pada waktu itu dalam perjalanan daripada arah Setiu menghala ke Dungun untuk melawat ibu kepada Nurshahyda.
Suspek yang merempuh kereta mereka merupakan seorang penuntut universiti awam berusia 19 tahun yang ketika itu memotong sebelum merempuh bahagian kiri kereta yang dipandu suami mang sa. Rempuhan itu menyebabkan Nurshahyda yang berada di tempat duduk hadapan pacuan empat roda terbabit parah di kepala sebelum disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, “M4yatnya dihantar ke Unit Forensik H0spital Hulu Terengganu untuk menjalani ujian calitan Covid-19 dan proses be dah siasat.
“Penuntut lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecede.raan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Perjalanan hidup pasti akan berakhir. di tempat dan masa yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Takziah diucapkan kepada keluarga mang.sa. Semoga Allahyarhamah Nurshahyda ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan syuhada. Allaahummaghfiraha warhama wa’aafiha wa’fu’anha. Aamiin.

Sumber : [Harian Metro]

Lihat Pautan : Ingin Selamatkan Rakan Dari Lemas, Hamzah Ilya Temui Aj4l

Leave a Comment